Tadi pergi ke kedai haiwan perliharaan di Taman Seroja

  • Pada mulanya kami nak ke pasar malam Taman Seroja
  • Letak kereta pula berhampiran dengan sebuah kedai haiwan perliharaan
  • Mommy ternampak ada sangkar kucing tiga tingkat di kedai tersebut, maka dia pun nak merisik khabar.
  • Kononnya Mommy nak bela kucing ala-ala macam kucing selebriti Oh My Jep tu.
  • Adalah sangkar kucing berharga RM 550 untuk tiga tingkat dan RM 450 untuk dua tingkat.

Dalam perjalanan ke kedai haiwan perliharaan tu ada pula kedai dobi

bilik bujang lelaki untuk disewakan hampir fully furnish di Bandar Baru Salak Tinggi, iklan ditampal di Taman Seroja.
  • Pada kedai dobi tu ada papan notis
  • Pada papan notis tu ada sekeping poster
  • Pada poster itu ada iklan bilik bujang lelaki untuk disewa
  • Lokasi rumah sewa tu tak dinyatakan di mana, mungkin di Bandar Baru Salak Tinggi gamaknya di sekitar Taman Seroja.
  • Jadi kepada lelaki bujang yang mencari bilik sewa boleh hubungi nombor 013-6024039.
  • Kalian risik khabarlah sendiri ya, jaga-jaga, hati-hati, mana tahu ada unsur penipuan.
  • Tapi Tedi faham susahnya cari bilik sewa ni, jadi Tedi tumpangkanlah iklan tu di sini, mana tahu boleh membantu mereka yang memerlukan.