Manusia mungkin takutkan jerung apatah lagi apabila melihat susunan giginya yang menawan itu. Tapi tahukah manusia bahawa jerung turut membantu mengamankan dunia?

Nasib kita bergantung kepada jerung.

Jerung memainkan peranan penting yang manusia tidak berapa sedari dalam mengawal perubahan iklim dunia.

Jerung merupakan pemangsa utama yang makan penyu, ketam, dan ikan pari, yang mana masing-masing menjadikan tumbuhan lautan yang menyerap karbon sebagai makanan.

Apabila populasi jerung berkurangan, spesis haiwan yang sepatutnya jadi makanan mereka akan berlebihan.

Saintis menganggarkan jika hanya 1 peratus sahaja tumbuhan penyerap karbon di lautan berkurangan, 460 juta tan karbon akan terbebas ke atmosfera, kuantiti pencemaran yang dihasilkan oleh 97 juta kereta.

Jerung terancam kerana ada kegiatan haram yang memburu mereka hanya untuk mendapatkan sirip mereka. Sirip jerung atau sirip ikan yu adalah makanan eksotik yang tidak terbukti khasiatnya. 100 juta jerung terancam setahun dek kegiatan ini.

Selain itu jerung juga terancam apabila mereka terperangkap dalam jaring nelayan. Dianggarkan 50 juta jerung tersilap tangkap setahun.