Skuad Newcastle United kelihatan seperti tinggal tulang namun Benitez sebenarnya miliki banyak pilihan untuk perlawanan Sabtu ini.

Rafa Benitez kata dia dah sedia asah kapak untuk pertemuan seterusnya di antara Newcastle dan Swansea pada Sabtu ini di St James’ Park.

Dia pun mengaku yang dia berasa marah yang amat, tidak pernah dia semarah itu sejak bertugas di Newcastle, ketika perlawanan menentang Soton, Sabtu lalu.

Rafa Benitez Newcastle United

Dia ketika itu terpaksa menamatkan permainan dengan menggunakan 2 pemain tengah untuk mengisi pertahanan tepi dan 2 pemain pertahanan tengah yang kurang berpengalaman.

Bahagian tengah pula menyaksikan mereka kurang bersaing dan cuma menyerang apabila sudha terlewat. Aleksandar Mitrovic, Ayoze Perez, dan Papiss Cisse tidak menerima sebarang hantaran yang bagus sepanjang 90-minit permainan.

Ini adalah perubahan yang dicadangkan oleh peminat Newcastle untuk perlawanan Sabtu ini.

Fabricio Coloccini

Fabricio Coloccini pemain pertahanan tengah Newcastle United

Colo adalah pemain tengah yang diharapkan dapat menggantikan Steven Taylor yang beraksi tidak baik dalam dua perlwanan terakhir.

Dia mengalami kecederaan paha di La Manga pada awal tahun ini, tapi jika Newcastle mahu kekal di Liga Perdana, dia mungkin kena bermain dengan gunakan ubat penahan sakit.

Coloccini kata, turun liga (sebelum musim ini) adalah satu titik hitam pada dirinya.

Dia juga kata Newcastle takkan turun liga musim ini, tetapi nampaknya dia bakal menerima satu lagi cemaran dalam CV-nya.

Paul Dummett

Paul Dummet Newcastle United

Pemain simpanan pada Sabtu lalu tapi tidak digunakan.

Dummett alami kecederaan hamstring yang memaksa dia dikeluarkan ketika Newcastle kalah 3-1 kepada AFC Bournemouth tetapi dia boleh mengisi pertahanan kiri yang kini tiada pemain kerana Haidara mengalami kecederaan jangka panjang.

Dummett juga boleh bermain sebagai pertahanan tengah tetapi Benitez mahu lihat kemampuannya sebagai pertahanan kiri terlebih dahulu.

Kevin Mbabu

Kevin Mbabu Newcastle United

Pemain pertahanan Swiss ini adalah calon untuk bermain sebagai pertahanan kanan, posisi semulajadinya.

Daryl Janmaat mengalami kecederaan groin dan juga patah 2 jari selepas menumbuk dinding bilik persalinan di Southampton.

Pemilihan Mbabu nampak sesuai dengan sebahagian penyokong tetapi Benitez lebih gemarkan pengalaman walaupun ia bermakna dia terpaksa meletakkan pemain di posisi janggal.

Jack Colback

Jack Colback Newcastle United jersi nombor 4

Pemain tengah Geordie ini sudah habis tempoh penggantungannya dan mungkin boleh terus dimasukkan sebagai pemain utama.

Walaupun Benitez pernah letakkan Cheick Tiote dan Gini Wijnaldum dalam dua permainan sebelum ini di sebelah Jonjo Shelvey, bahagian tengah masih kurang garang dan kurang tersusun.

Kemampuan Colback untuk menyerapkan kedua-dua ciri itu ke dalam pasukan masih didebatkan kerana persembahan yang tidak bagus pada musim ini, tetapi pemain dari Killingworth itu mungkin boleh menunjukkan sikap ambil peduli, sesuatu yang sukar nampak pada pemain-pemain Newcastle.

Siem De Jong

Siem De Jong Newcastle United

Pemain tengah Dutch ini masih belum beraksi sepenuh masa di bawah Benitez tetapi dia membantu meningkatkan prestasi pasukan apabila masuk sebagai pemain gantian.

Dia membawa perbezaan besar ketika Newcastle melayan kunjungan Sunderland dan membantu di Southampton apabila Benitez tiada pilihan selain menggunakan rancangan hadkan kerosakan.

De Jong juga boleh mengancam pintu gol lawan.

Gabriel Obertan

Gabriel Obertan pemain sayap Newcastle

Pemain sayap Perancis ini kembali dari kecederaan.

Dia bukanlah kesukaan penyokong tetapi dia boleh bawa kepantasan di bahagian sayap – tidak seperti Wijnaldum dan Moussa Sissoko – dia adalah pemain sayap semulajadi yang nalurinya adalah untuk melintangkan bola ke dalam kotak penalti.

“Keadaan terdesak mendesak pertimbangan.”

Sylvain Marveaux

Sylvain Marveaux Newcastle United

Masih belum pernah bermain untuk kesebelasan utama Newcastle United pada musim ini tetapi dia telah bermain untuk pasukan simpanan di Arsenal dan mungkin boleh bawa suatu kelainan kepada pasukan kendalian Benitez.

Seydou Doumbia

Seydou Doumbia Newcastle United

Seperti telah dilupakan kehadirannya walaupun terima sambutan meriah daripada para penyokong ketika dia sertai Newcastle Januari lalu.

Pemain sayap yang dipinjam ini masih belum serasi dengan kepantasan permainan Liga Perdana Inggeris tetapi jika Benitez perlukan poacher, dia boleh gunakan pemain kebangsaan Ivory Coast tersebut.

Poacher adalah jenis penyerang yang hanya tunggu bola di depan gol lawan untuk jaringkan gol, tanpa terlibat dengan hantaran bola semasa menyerang.


20160413