Alhamdulillah, dapat pecah rekod jarak terjauh peribadi 7.41 kilometer.

Ambil masa 1 jam 8 minit 43 saat untuk habiskan jarak tersebut. Penat tak boleh nak katalah, terasa jauh yang amat 7.41 kilometer tu.

Purata masa yang diambil pula jauh dari sasaran 7 minit per kilometer, iaitu 9 minit 16 saat per kilometer.

Tedi telah berjaya membakar 468 kalori, tidak sampai sasaran 600 kalori. Ini bermakna Tedi telah menghilangkan lebih kurang 0.03 kilogram lemak. Huhuhuhu...

larian selasa 12 April 2016 6:28 PM, 7.41 kilometer, hilang 468 kalori, hilang 0.03 kilogram lemak, langkah 9 minit 16 saat per kilometer

Pecutan semakin perlahan.

Tedi tak tahu apa sebabnya tapi nampaknya pecutan Tedi semakin perlahan.

Semalam paling laju ialah 7 minit 41 saat, dan tidak konsisten selepas itu, ada yang 8, 9, dan 10 minit per kilometer, di mana yang paling perlahan adalah 10 minit 17 saat.

Sepatutnya Tedi konsisten 7 minit untuk setiap kilometer, tapi tak tahulah, nak kata kaki sakit, tak pula.. cuma rasa agak keletihan tadi dan langkah pun tak konsisten, sepatutnya kekalkan kelajuan yang selesa.

larian selasa 12 April 2016 6:28 PM, 7.41 kilometer, hilang 468 kalori, hilang 0.03 kilogram lemak, langkah 9 minit 16 saat per kilometer

20160412