Komander Carthaginian Hannibal terkenal selepas mengetuai sekumpulan besar tentera, gajah, kuda, dan keldai dari Sepanyol, melalui Banjaran Alps ke Itali untuk menyerang tentera Rom pada permulaan Perang Punic Kedua pada tahun 218 BC. Para sejarawan saling berdebat mengenai laluan sebenar yang diambil Hannibal ketika itu.

Lapisan kunyahan dipenuhi najis kuda dan bakteria ditemui di bawah Col de la Traversette

Laluan Hannibal seberangi Banjaran Alps mungkin diketahui kini hasil penemuan najis-najis kuda dan keldai yang berusia ribuan tahun.
 

Sepasukan saintis kelolaan Kanada menemui timbunan sisa najis tersimpan di Banjaran Alps yang diyakini terhasil daripada perhimpunan besar makhluk Mammalia sekitar 2200 tahun dahulu – dan mereka percaya penemuan ini menjawab misteri sejarah yang lama terpendam.

Pasukan diketuai Bill Mahaney, seorang ahli geologi dan professor emeritus di York University, telah menemui apa yang dikatakan sebagai bukti fizikal yang ditinggalkan oleh bala tentera Hannibal.

Mereka kelihatan telah melintasi Col de la Traversette di sempadan Perancis dan Itali, sesuai dengan yang dicadangkan oleh ahli biologi British, Sir Gavin de Beer beberapa dekad lalu.

“Jika dapat disahkan, penemuan ini akan memberikan kesan yang besar dalam menjawab persoalan laluan Hannibal dan paling penting ia mungkin akan membantu penemuan tapak-tapak yang boleh memberikan data arkeologi sejarah dan artifak yang berkaitan dengan penjajahan Punic tersebut.”

 

Sejarah Penemuan

Mahaney telah berdekad-dekad berminat dalam sejarah klasik sebagai hobi. Dia telah lama membaca tentang perdebatan mengenai jalan yang dilalui Hannibal, dan sedar dia mungkin boleh menemuinya berdasarkan keterangan mengenai persekitaran laluan itu seperti yang diceritakan dalam teks-teks sejarah.

Sebagai contoh, Polybius, seorang sejarawan purba Greek menerangkan tentang kewujudan jatuhan batu-batan 2 lapisan.

Mahaney merisik laluan-laluan di Alpine dan mencari pembayang tersebut sambil mengkaji sedimen glasial untuk satu kajian yang tak berkaitan. Akhirnya, dia menemu satu runtuhan batu dan ciri-ciri lain yang memenuhi keterangan tersebut.

Di kawasan bawah Col de la Traversette terdapat satu kawasan dipanggil mire di mana permukaan berbatunya memberi laluan kepada kawasan subur dan anak sungai yang menjadikannya sesuai untuk haiwan-haiwan meragut dan minum.

Di sana, Mahaney dan pasukannya menggali sedalam 70 sentimeter ke dalam tanah itu dan mengeluarkan teras sedimen, menunjukkan lapisan yang tersimpan selama 3000 tahun - termasuk lapisan yang luar biasa yang kelihatan seperti telah dikisar.

Tiada seorang pun daripada pasukannya yang pernah melihat lapisan seperti itu.

Mahaney kata dia telah menarik  "dua atau tiga ratus teras dari seluruh dunia dan tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.

"Jadi benda ini mungkin disebabkan fros atau sekumpulan besar manusia dan haiwan lalu di sini."

Tiada bukti berlaku fros di kawasan sekitar pada masa itu. Pada masa yang sama, lapisan luar biasa itu kandungi banyak bahan organik termasuklah najis.

 

Apa buktinya itu adalah najis kuda dan keldai?

Chris Allen, seorang microbiologist di Queen's University Belfast, Ireland, telah menganalisa bakteria di dalam lapisan kunyahan itu dan temui lebih 12 peratus daripadanya adalah Clostridia.

Bakteria Clostridia umumnya wujud hanya 2% sehingga 3% dalam tanah, tetapi bakteria itu boleh ditemui 70% dalam perut kuda. Lapisan itu juga kandungi asid cecair hempedu dalam paras yang luar biasa, juga lemak yang selalu ditemui pada najis mammalia.

Ringkasnya bukti-bukti itu menunjukkan bahawa lapisan itu kandungi najis kuda dan keldai yang banyak.

"We found scientifically significant evidence of these same bugs in a genetic microbial signature precisely dating to the time of the Punic invasion," said Allen in a news release.

Pasukan itu tidak berjaya menemui apa-apa bukti kehadiran najis lembu.

"Kita perlukan tuah untuk menemuinya," ujar Mahaney, sambal mengingatkan bahawa Hannibal Cuma miliki 37 ekor gajah dalam bala tenteranya (berbanding lebih 8,000 kuda dan keldai.)

Umur karbon meletakkan lapisan kunyahan itu di antara 26 dan 570 tahun Sebelum Masihi — tempoh masa Hannibal dijangka melintasi Banjaran Alps.

Apabila ditanya jika ada kumpulan besar lain yang melalui kawasan itu pada masa yang sama, Mahaney menegaskan tiada alasan untuk bala tentera lain menggunakan laluan setinggi itu. Dia juga menyatakan mungkin ada kumpulan kecil manusia dan haiwan melalui kawasan iotu pada masa yang lain, tapi mereka tidak tinggalkan sebarang tanda yang jelas pada lapisan lain tanah.

Mahaney kini berharap pasukannya akan menerima dana untuk kembali ke sana dan dapat kumpul lebih banyak sampel untuk memastikan tarikh sebenar.

Kumpulan itu juga masih menunggu analisis ke atas telur cacing pita yang ditemui dalam najis purba itu yang boleh menunjukkan kawasan asal kuda-kuda yang menyimpannya. Kuda-kuda Hannibal diketahui berasal dari Sepanyol.

Kajian ini dibiayai oleh QUESTOR Centre, Invest Northern Ireland, the Geological Survey of Ireland, the Irish Research Council, Quaternary Surveys, dan geran kembara juga geran penyelidikan daripada York University.