Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing.

Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti.

Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea.

Winning Eleven formasi 4-4-1-1 atau 4-2-2-1-1 kalahkan formasi 4-4-2 Swansea

Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awal. Jika Newcastle kalah lagi, nescaya peluang seperti ini sukar untuk muncul kembali.

Rafa Bnitez kali ini melakukan rombakan pemain dan memilih formasi 4-4-1-1.

Kapten Jonjo Shelvy direhatkan dan tempatnya diganti oleh Mousa Sissoko, tindakan yang mungkin tidak direstui peminat kerana Sissoko adalah di antara pemain yang dipertikaikan komitmennya oleh para penyokong Newcastle.

Paul Dummet buat pertama kalinya dipilih Benitez sebagai pertahanan kiri.

Penjaring gol dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, Mitrovic, turut direhatkan Benitez.

Formasi 4-4-1-1 itu sebenarnya adalah jelmaan formasi 4-2-2-1-1?

Walaupun di atas kertas dilihat formasi yang digunakan adalah 4-4-1-1, tapi Colback dan Tiote berfungsi lebih sebagai sebagai defensive midfielder berbanding central midfielder.

Dengan adanya 6 orang mengukuhkan pertahanan, 4 orang penyerang boleh bergerak agak bebas tanpa perlu kerap turun untuk membantu barisan pertahanan.

Tahniah Benitez di atas kemenangan ini pada hari ulangtahun kelahiran beliau, semoga kemenangan dan permainan penuh semangat seperti ini berterusan buat Newcastle United.

Okaylah, Tedi nak masuk tidur, mengantuk baru sampai dari Sungai Lui.

20160418