بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Apa salahnya kuruskan badan dengan kaedah yang menyeramkan kalau ia berhasil... kan?

Filem seram dirakam bertujuan untuk menakutkan manusia sehingga ke usus mereka, tetapi pada masa yang sama filem seram juga boleh menakutkan manusia sehingga terbakar segala kalori dalam badan mereka.

Fakta ini ditemui dalam satu kajian oleh University of Westminster.

kaedah pengurusan badan yang menyeramkan

Kajian itu menyatakan secara purata, keseraman dalam tempoh 90 minit boleh membakar 113 kalori – jumlah yang terdapat pada satu bar coklat.

Filem The Shining membakar paling banyak kalori iaitu 184 kalori – yang bersamaan dengan 25 minit melakukan kerja rumah.

Filem Jaws di tempat kedua dengan pembakaran 161 kalori manakala The Exorcist membakar 158 kalori.

Fakta-fakta ini amat buat Tedi menyampah kerana Tedi berlari 5 km pun dapat bakar 300 lebih kalori, jumlah yang terdapat pada seketul ayam goreng.

Kajian itu dimulakan oleh sebuah syarikat penyewaan DVD sebelum bermulanya perayaan Halloween, tapi tak patut ia dijadikan sebab untuk menafikan kebenaran kajian itu.

 

Penat dan menggigil selepas tonton filem seram

Manusia selalu berasa letih dan menggigil selepas menonton filem seram dan kini mereka boleh tahu apakah sebabnya?

Mereka sedang kelaparan…

Jadi kepada manusia yang rungsing kenapa berat badan mereka tak turun-turun tu bolehlah mula download dan tonton filem-filem seram banyak-banyak.

Masalahnya Tedi tidak suka menonton filem seram atau filem tragis. Tedi suka menonton filem yang happy go lucky seperti cerita dongeng. Lebih epik kisah dongengnya maka lebih bagus.

Tetapi Tedi pun tak berapa suka cerita yang mengarut sehinggakan menggambarkan Tuhan itu adalah makhluk asing. Atau Tuhan itu sebatang pokok. 

Selain itu Tedi turut meminati filem berunsur sejarah dan Tedi berharap akan ada manusia di Malaysia yang berjaya mengangkat cerita Malaysia menjadi kisah epik.

Sayang kisah kegemilangan Kesultanan Melaka ditelan penjajahan Portugis.

 


~20160507~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih