Malam ini kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) untuk sambut ketibaan Tok Mak dan Tok Ayah dari Bandung. Kapal terbang tiba jam 9 malam, dan lebih 30 minit kami menunggu di Balai Ketibaan almaklumlah bahawa kedudukan dari parking kapal terbang tu ke pintu Balai Ketibaan memang jauh.

Kami disertai Pak Lang Epul, Mak Lang Yan, Adam Irfan dan Uncle Judin yang nak balik ke Sungai Lui sempena study week yang baru bermula di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Study week atau minggu ulangkaji tu adalah istilah mahasiswa universiti untuk minggu-minggu sebelum peperiksaan bermula, selalunya tiada kuliah atau tutorial dalam minggu ulangkaji ini, jadi ada mahasiswa yang memang akan menggunakannya untuk menelaah pelajaran di perpustakaan, kolej -kolej kediaman, mahupun balik ulangkaji di kampung.

Uncle Judin datang ke KLIA2 tu dengan menaiki bas dari KL Sentral, kalau nak naik ERL memang mahal gila bagi seorang pelajar universiti.

Tambah nilai (reload) kad Touch n Go di ERL KLIA2.

Semasa meletakkan kereta tadi Master bercadang nak tambah nilai kad Touch n Go di Kiosk Layan Diri Touch n Go yang terletak di pintu masuk tempat letak kereta, tapi tak nampak pula. Sebelum ini kami nampak Kiosk Layan Diri Touch n Go tu di pintu masuk parking B di Level CP4 KLIA2, tapi kali ini mungkin tak jumpa sebab kami letak kereta di parking A.

Jadi Master singgahlah di stesen ERL KLIA2 untuk tambah nilai kad Touch n Go beliau. Tambah nilai di sana tidak dikenakan bayaran dan ERL merupakan salah satu stesen yang menyediakan perkhidmatan Touch n Go dalam tempoh masa yang panjang dalam sehari.

Staf di sana juga dengan ramahnya memberitahu kad Touch n Go milik Master tu nak tamat tempoh dalam bulan Oktober nanti. Maksudnya Master bolehlah berkira-kira untuk menggantikannya dengan kad baru dan pindahkan baki kredit sekali, tapi kalau tak silap dalam masa 3 bulan sebelum kad itu tamat tempoh.

Kad Touch n Go ni memang leceh sikit nak tahu bila tamat tempohnya kerana ia tidak dicetak secara fizikal di atas kad.

Makan malam di Batang Benar

Hampir jam 11 malam kami singgah makan di Batang Benar, tak tahulah apa nama kedai tu, tak perihatin sangat sebab Tedi dah mengantuk.

Kemudian kami singgah di rumah Pak Lang Epul, dan dekat jam 1 baru bertolak balik ke rumah. Tok Mak bekalkan kami Rempeyek Tahu dari Bandung dan juga kain batik Mataram.

Tiba di rumah jam 2 pagi dan Tedi tak laratlah nah publish dalam interpretZZ, tunggulah dalam sehari dua nanti.

Kain Batik Mataram dan Rempeyek Tahu dari Bandung

11-Mei-2016