Mommy adalah pengumpul Mickey Mouse

Jadi kalau dia terserempak dengan koleksi Mickey Mouse selalunya dia akan belek-belek jugalah.

Mana yang cantik dan murah akan jadi pilihan. Kalau ada yang mahal tapi berkenan pun akan disambar Mommy juga.

Apa yang comel sangat si Mickey Mouse tu tiadalah Tedi ketahui.

Rasanya Mickey Mouse tu serupa je dengan tikus-tikus yang lain.

Di Tesco Kota Bharu ada koleksi baru sweater atau baju panas Mickey Mouse dengan harga RM 60. Selain itu ada juga tshirt lengan pendek dan panjang.

Apa-apa je lah Mickey Mouse oiii...


22 Mei 2016