Seorang wanita sedang termangu di dapur, memikirkan cukai-cukai yang perlu dibayar, kerja rumah yang menimbun, dan yang paling merunsingkan hatinya adalah keluarganya mahu melawat untuk satu perayaan pada keesokan harinya.

Dia mengeluh, dan tidak rasa ada satu apa pun yang menguntungkan dirinya.

Sejenak dialihkan pandangannya, terlihat anak perempuannya sibuk mencoret sesuatu dalam buku notanya.

Anak perempuannya berkata,"Hari ini guru meminta saya mengarang tentang 'Syukur atas kesusahan'".

"Guru mahu kami coretkan apa-apa yang kami fikirkan tidak bagus, tetapi rupanya ia punyai banyak kebaikan."

Si ibu berasa ingin tahu, lalu dia membaca apa yang anak perempuannya itu coretkan.

  1. Aku bersyukur adanya peperiksaan akhir tahun kerna itu maksudnya cuti sekolah bakal menjelma.
  2. Aku bersyukur terpaksa menelan ubat yang tidak sedap kerna dengannya aku berasa lebih sihat.
  3. Aku bersyukur terpaksa bangun apabila jam loceng berbunyi kerna itu maksudnya aku masih hidup.
kita takkan pernah tahu sama ada sesuatu yang dibenci itu akan kita suka

Coretan itu ternyata menyentuh hati si ibu kerana ternyata dia punyai banyak hal untuk disyukuri!

  1. Dia terpaksa membayar cukai dan itu bermakna dia masih punyai pekerjaan.
  2. Dia punyai banyak kerja rumah untuk disiapkan, dan itu bermakna dia punyai tempat berlindung.
  3. Dia terpaksa memasak untuk ahli keluarganya, dan itu bermakna dia masih miliki keluarga untuk raikan perayaan.

Ternyata kita punyai banyak hal positif untuk disyukuri setiap hari dalam kehidupan, tetapi kita hanya fokus kepada sisi negatifnya.

Apakah perkara positif dalam setiap perkara negatif yang kita tempuhi setiap hari? Ini adalah soalan yang boleh kita tanya kepada diri pada setiap hari. Lihat pada sisi baik kehidupan dan nikmatinya.