Layan siaran langsung semi final Piala Thomas di RnR MEX Seri Kembangan hala Putrajaya.

Sambil tu layan laksa dari gerai Aneka Mee Bondaku. Kuah laksa dia rasa tak berapa best tapi boleh makan.

Pakcik gerai ni pun macam tak berapa mesra sangat, jawab macam nak tak nak je. Kalau dulu peniaga gerai ni mesralah juga.

Tadi mula-mula sampai sekitar jam 19:30, TV3 yang mereka pasang. Nasib baik mereka tukar saluran, masa tu Lee Chong Wei dah menang satu set lawan Axelsen, pemain muda yang nampak ada masa depan, cuma dia kurang sabar.

Sekarang beregu pertama tengah lawan di set kedua. Set pertama Malaysia menang. Kalau beregu pertama kita menang, maka laluan agak cerah untuk Iskandar Zulkarnain kerana kurang tekanan.

Tedi harap Malaysia menang melalui Iskandar Zulkarnain dan selepas tu Tedi nak ajak Master balik.

Badan dah rasa rimas.. rimas.. aku lemas.

20160520