Tabung Jalinan Budi adalah projek kerjasama di antara Tesco dengan Univerisiti Malaya.

Tedi amat mengalu-alukan usaha sebegini kerana Tedi memang amat berkira ketika nak bersedekah kepada mereka di jalanan.

Bukannya apa, Tedi takut sedekah atau derma Tedi tu jatuh ke tangan pihak yang tidak bersesuaian.

Atau mungkin juga Tedi mudah dipengaruhi syaitan la'natullah untuk tidak berbuat kebajikan?

Jadi dengan adanya tabung sebegini yang menggunakan nama pihak yang ada kredibiliti akan memudahkan umat manusia bersedekah sesama manusia.

Kalau tak sampai juga kepada mereka yang memerlukan, tak tahulah Tedi nak harapkan siapa lagi...