Alhamdulillah, selamat sampai di rumah pada jam 23:30 tadi.

Setelah menempuh kesesakan, singgah Maghrib di Masjid Lubok Cina, meredah laluan dalam di Rantau, dan singgah makan malam di Bandar Baru Nilai, kami ambil 4 jam untuk sampai di rumah.

Tapi Tedi bukan nak bercerita pasal pengalaman kami pulang dari Freeport A'Famosa Outlet yang Tedi panggil Melaka Premium Outlet tu, sebaliknya Tedi nak bercerita pasal satu kejadian yang berlaku 2 jam sebelum kami pulang iaitu sebaik sahaja kami tiba di sana.

Kisah bermula selepas Master meletakkan kereta

Gambar kincir angin di freeport a famosa outlet blog

Tedi terus berlari-lari anak mencari pintu masuk terdekat, sebelum mencari papan tanda terdekat, dan sebelum sampai di tandas terdekat.

Nasib baik tandas agak mudah ditemui, tidaklah rasa senak sangat.

Masuk ke dalam tandas agak penuh. Tedi mengisi masa terluang menunggu tandas dikosongkan dengan mengemas beg kamera.

Pengguna tandas masuk silih berganti, dan beberapa tandas mulai kosong. Tedi mulai intai dan nampak beberapa tandas yang kosong itu adalah tandas duduk. Tedi yang menggemari tandas cangkung, menanti beberapa pintu bertanda merah untuk dihijaukan.

Tak pastilah mengapa Tedi berasa bahawa 2 pintu yang masih belum keluar penghuninya itu adalah tandas cangkung? Tedi tetap menanti dengan sabar.

Semasa Tedi berdiri menanti sesuatu yang tidak pasti itu, ada seorang budak ke hulu ke hilir sambil menekup punggungnya. Sah dah nak keluar la tu. Tedi kesian tengokkan dia begitu.

Tedi tunjuk kepada satu pintu tandas duduk yang terbuka luas. Macam biasa Tedi tak pandai mulakan bicara walapun dengan budak kecil.

"Budak tu jawab, tak ada paip"

Eh, Melayu rupanya, muka sebiji macam Cina. Sia-sia saja Tedi cuak nak tegur. Terkejut juga Tedi budak sekecil itu boleh jawab macam tu. Tedi intai tandas itu, bukannya tak ada paip, tapi paipnya dalam lubang tandas.

Akhirnya pintu yang Tedi nantikan itu terbuka jua, dan sah ia adalah tandas cangkung! Tedi panggil budak itu dan suruh dia gunakan dahulu.

Canggih sangatkah paip dalam lubang tandas?

Berkisar kepada kisah budak tu tadi, Tedi tak pastilah kenapa tandas-tandas di Malaysia ni mengarut sangat? Kenapa tandas dengan paip dalam mangkuk tandas?

Kesian budak tu cari tandas cangkung, sampai kena tahan macam tu sekali. Kalau terburai isi perut dia macam mana?

Pemilik bangunan Freeport A'Famosa Outlet kena perihatin sedikit, kerana umat Islam amat menjaga perihal bersuci ni. Takkanlah nak cuci bontot guna air yang terpancut dari lubang tandas? Tandas cangkung perlu diperbanyakkan.

Label:

  • freeport a famosa outlet blog