Pada 23 Mei yang lalu, kami cari coklat di Edaran Impian Suri di Pengkalan Kubor buat kesekian kali. Di kedai Edaran Impian Suri tu memang ada macam-macam jenis coklat kegilaan manusia.

Dua jenama coklat yang ada di sana adalah Coklat jenama Pepero dan coklat Daim yang agak murah,  dan nampak sedap tapi malangnya tidak disenaraikan dalam direktori halal JAKIM.

Tedi sebagai seekor penyokong Halal JAKIM sebagai tanda piawai halal di Malaysia terpaksa membutakan mata kepada kedua-dua coklat Pepero dan coklat Daim tersebut.

Harga coklat Pepero di Pengkalan Kubor tiada logo halal JAKIM

Tambahan pula Pepero ada letak sijil halal IFANCA tapi bila Tedi semak di laman web IFANCA tiada pula nama Pepero. Lagilah Tedi terpaksa abaikan.

Bukannya Tedi fanatik sangat dengan logo halal JAKIM tu cuma Tedi ingin tegaskan sekali lagi bahawa "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum" atau "di mana langit dipijak, di situ langit dijunjung", para pemilik label atau jenama makanan di Malaysia hendaklah ada logo halal JAKIM supaya ia kukuh dihormati sebagai satu piawaian halal yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.

Coklat Daim di Pengkalan Kubor tiada logo halal JAKIM

Akhirnya coklat jenama Hershey's yang kami pilih kerana produknya jelas ada disenaraikan dalam laman web halal JAKIM.

Lantaklah kalau ada yang nak hentam kata logo halal JAKIM tak bagus atau tiada logo halal JAKIM bukan bermakna produk tu haram,dua pendapat yang ada kebenarannya, asalkan bagi Tedi kita sokong apa yang boleh mengukuhkan syiar Islam di bumi Malaysia ni.

Kedai seperti Edaran Impian Suri pula sepatutnya abaikan saja produk yang meragukan, tapi Tedi rasa mereka pun tiada kepentingan untuk jaga hal ehwal halal coklat-coklat yang dijual, yang mana laku, itulah yang dijual.

Kita saja sebagai pengguna harus bijak menyokong produk yang mana menghormati kepercayaan kita.


20160523