Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak.

Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan.

Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka.

Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu.

Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah.

Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu.

Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman?


Soalan ini susah untuk dijawab.

Kereta kebal Jerman punyai trek yang sempit, jadi ia mudah tersangkut dalam kawasan berlumpur di Soviet.

Kereta kebal Jerman punyai enjin yang bagus, tetapi ia selalu terlebih beban di mana perisainya terlalu tebal, meriamnya terlalu besar, dan keseluruhannya terlalu berat walaupun untuk enjin terbaik. Oleh sebab itu, kereta kebal Jerman, terutamanya Ferdinand dengan berat 70 tan kerap mengalami kerosakan.

Manakala kereta kebal Amerika Syarikat pula lebih tahan lasak kerana Amerika Syarikat punyai industri pembuatan yang maju dan kegiatan mereka tidak diganggu oleh pengeboman atau penjajahan.

Apa pilihan yang Soviet ada?

Pada permulaan Operasi Barbarossa, Soviets punyai 22000 kereta kebal, namun di penghujungnya cuma 2000 buah kereta kebal yang tinggal. Mereka terpaksa hasilkan semula kereta kebal secepat mungkin untuk menampung kehilangan besar mereka dan juga untuk melancarkan serangan balas berperisai. Walau bagaimanapun sehingga ke penghujung perang, mereka tidak pernah dapat capai 22000 buah, hanya 13000 buah kereta kebal jumlah maksimum pernah mereka miliki selepas itu.

Kadangkala kereta kebal Soviets juga menghadapi masalah mekanikal yang turut dialami oleh semua kereta kebal di negara-negara lain. Ia tidak dapat dielakkan memandangkan ia dihasilkan oleh kilang-kilang traktor di bawah hujan peluru artileri dan juga bom udara.

Malaysia yang pada masa aman damai ni pun tak mampu nak hasilkan kereta kebal sendiri. Malu sungguh. Syarikat berkaitan pertahanan sudah ditubuhkan tetapi jentera yang dihasilkan tidak kelihatan, sebaliknya kita lebih seronok beli kelengkapan ketenteraan dari luar. Indonesia pun dah hasilkan kenderaan tentera mereka sendiri. Apa silapnya?

Pada masa yang lain pula, masalah mereka adalah disebabkan oleh falsafah perkilangan mereka. Soviet telah membuat kajian dan mendapati bahawa jangka hayat kereta kebal mereka cuma 6 bulan. Oleh itu mereka takkan meletakkan komponen yang jangka hayatnya melebihi 6 bulan ke dalam kereta kebal mereka kerana ia dikatakan sebagai satu pembaziran! Hek eleh... boleh pula macam tu?


Kenapa mereka perlu membazirkan sumber mereka untuk hasilkan enjin yang lebih lasak jika kereta kebal itu akhirnya akan jadi seperti ini?

Gambar kereta kebal Rusia musnah dalam peperangan
 

Tempoh 6 bulan itu menghadkan pergerakan kereta kebal Soviet kepada hanya 1000 batu. Jadi Soviet merekabentuk dan menghasilkan enjin dan transmisi yang hanya boleh tahan untuk 1000 batu. Ia membolehkan mereka menghasilkan kereta kebal mereka menggunakan komponen berkualiti rendah. Strategi ini membolehkan Soviet untuk mengurangkan kos pengeluaran dan mempercepatkan pengeluaran kereta kebal mereka dengan drastik.

Soviet juga mengurangkan bilangan bahagian komponen dalam kereta kebal mereka untuk memudahkan pengeluaran. Pada 1942 sahaja mereka berjaya ringkaskan 777 bahagian T-34. Pengurangan keseluruhannya adalah 5000 bahagian secara berperingkat!

Kereta kebal yang dihasilkan mereka juga telah memenangi beberapa peperangan kereta kebal utama, dan boleh dikatakan mereka mencapai keseimbangan di antara kualiti dan kuantiti.


20160624