Tengahari semalam pakcik Ann Wan Seng datang ke pejabat Master beri ceramah.

Sayangnya Tedi sangat mengantuk semalam sampai tersengguk-sengguk dalam ceramah tu. Rasanya dia cerita pasal Rahmat Allah subhanahu wa ta'ala.

Di hujung ceramahnya dia jual 2 buah buku yang salah sebuah daripadanya adalah penulisannya.

Master belikan kedua-dua buah buku itu dengan harga MYR 37.

Satu bertajuk Kisah-kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah tulisan Dzul Khairi Mohd Noor, dan yang kedua bertajuk Wahyu dan Sahabat Nabi sollallahu alaihi wassalam karya Ann Wan Seng sendiri.

Buku yang pertama membetulkan Kisah-kisah tidak sahih yang sering tersebar di sekitar masjid dan surau, manakala buku yang kedua menyentuh tentang kisah para sahabat di sebalik turunnya wahyu.

20160622