Saya mempunyai penyakit lelah dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma.

Jika saya berpuasa, jika saya berpuasa, adakah puasa saya sah?

Azie, Jasin.

gambar wanita sedang gunakan inhaler

Jawapan daripada Ustaz Haslin Baharim:

Walaupun memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga ternuka yang dalam membatalkan puasa, namun penggunaan inhaler adalah perkara yang darurat dan tidak dapat dielakkan.

Selain itu penggunaannya terlalu sedikit dan tidak sehingga membatalkan puasa.

Ulama terkini sepakat dengan menyatakan penggunaan alat inhaler secara tidak melampau dan mengikut keperluan, ia tidak membatalkan puasa.

Ia diqiaskan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung yang dibolehkan ketika berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sempurnakan wudhu dan selatu di antara jari-jemari serta bersungguh-sungguhlah dalam memasukkan air ke hidung (istinsyaq) kecuali saat engkau sedang berpuasa." - Muttafaqun Alaih.

Perbuatan berkumur sudah pasti meninggalkan kesan lebihan air dalam mulut yang menyebabkan ia masuk ke dalam kerongkong dan terus masuk ke perut. Ia masih dimaafkan jika tertelan.

Sedangkan wap yang dikeluarkan inhaler adalah sangat sedikit berbanding kesan berkumur-kumur.

Wallahu'alam.

*** Sumber: Metro, an-Nur, Zikir Zindagi, 19 Jun 2016 oleh Ustaz Haslin Baharim.