Letih sangat hari ini,  selepas Maghrib terus lentok diulit mimpi.

Bangun-bangun saja jam sudah menunjukkan jam 12 malam. Terpaksalah Tedi bangun malam membersihkan diri sebelum solat Isyak.

Sepatutnya malam ini Tedi kena ulangkaji Spesifikasi Fungsi yang kawan Tedi sediakan sebagai persediaan mengambil alih projek IT beliau.  Tak lama lagi beliau akan berpindah ke sekolah lain.

Ketua projek IT beliau telah melantik Tedi untuk mengambil alih projek tersebut mungkin kerana Tedi mempunyai kepakaran dalam bahasa yang digunakan,  atau mungkin juga kerana Tedi sahaja yang kelihatan tiada projek untuk diuruskan. Tidaklah Tedi tahu sama ada Tedi akan pegang projek ini sementara sahaja atau secara kekal.

Projek Tedi pula dikatakan akan diketepikan dahulu kerana tiada urgency berbanding projek IT si R.

Esok telah diaturkan Tedi akan berbincang dengan beberapa orang teman sekolah dan juga guru-guru untuk projek PosBO2 yang Tedi kendalikan. Semoga semuanya berjalan lancar dengan perolehan input yang akan membantu Tedi memahami keperluan mereka.

Bagi projek KeMaS yang baru Tedi dapat tu,  Tedi kenalah teruskan baca dokumen yang disediakan supaya Tedi dapat fahami keperluan penggunanya dan juga cara pengkodan yang digunapakai.

Semua ini ada hikmahnya.

20160610