Pelik sungguh, tak dapat Tedi lelapkan mata pada ketika ini, berbeza dengan suasana Maghrib tadi di mana Tedi mudah saja terlelap.

Mungkin ini penangan kafein yang ada dalam secangkir kopi yang Tedi minum semasa moreh tadi. Rasanya ini adalah kali ketiga Tedi ambil kafein dalam bulan puasa ini, menjauhi sasaran sifar kafein yang Master cuba terapkan pada diri Tedi.

Rasanya okay juga Tedi tidak minum minuman berkafein kerana ia elakkan Tedi daripada dahaga pada siang hari puasa.

gambar seekor ikan buntal yang comel dengan matanya yang bulat

Tadi Tedi cuba hantar kiriman baru ke interpretZZ, sempat siapkan satu sahaja, sedangkan Master nasihatkan Tedi supaya siapkan 10 kiriman sehari. Tujuannya ialah supaya kalau setiap kiriman tu dapat 7 pageviews, maka kalau 10 dah dapat 70.. hehe..

Tapi tak mampulah Tedi, asalkan dapat hantar satu post pun dah cukuplah buat diri Tedi ini.

Tambahan tiada apa nak dicoretkan.

Tapi alasan itu takkan pernah menjadi makanan Master. Katanya apa yang Tedi lakukan setiap hari boleh dijadikan sebuah cerita. Mungkin cerita itu bosan bagi diri Tedi, tapi bagi pembaca ianya adalah sesuatu pengalaman untuk dihuraikan.

Telahan Master itu agak benar kerana 10 kiriman Tedi yang popular adalah cerita bosan yang Tedi fikirkan tiada apa, tapi entah kenapa sampai sekarang masih ramai mengulang baca.

Mungkin kerana apa yang penting bagi pembaca adalah kejujuran dalam penceritaan? Cerita yang mereka takkan dapat baca di blog lain?

Tedi masih mencari jawapannya.

20160628


1 tahun: 53, 90 hari:  8, 30 hari: 0