Pagi tadi selepas Subuh ada seorang penduduk taman kami dimasukkan ke wad kerana mengalami kesakitan di bahagian pinggang.

Malangnya Master baru sahaja baca mesej Whatsapp yang jiran-jiran hantar sekitar jam 10 pagi dan petang ni Master minta Tedi carikan doa untuk orang sakit untuk dihantar kepada jiran Master itu.

Ini adalah doa dalam Bahasa Arab yang Tedi jumpa:

"Syafakallah/syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"

Dan maksud doa itu dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.

 

Kalau ikut ilmu Bahasa Arab yang terhad pada diri Tedi ini, setiap kalimat itu bermaksud seperti ini.

Syafakallah / syafakillah : Allah sembuhkan kamu
Syifa : sihat
La: tidak
Ba'da: selepas, ba'dahu: selepasnya
Saqaman: kesakitan?

Pakcik itu mungkin ada penyakit buah pinggang tapi masih belum dipastikan lagi kerana perlukan pemeriksaan doktor.

Sebenarnya doa dalam bahasa apa pun tak kisah asalkan kita ikhlas dan lagi bagus jika kita faham doa yang kita baca itu. Jika tak faham Bahasa Arab kita boleh sahaja bacakan doa dalam Bahasa Melayu.

Kami sekarang di Tesco Bandar Baru Nilai sebab Mommy nak cari ayam. Master nak cari silikon untuk diletakkan di celah door visor Subaru XV STI kami namun tak bertemu.

 

Beza syafakallah dan syafakillah?

Mungkin ada kawan-kawan yang tertanya-tanya apakah perbezaan syafakallah dan syafakillah. 

Syafakallah adalah untuk pesakit lelaki, dan syafakillah adalah untuk pesakit wanita.

Syafakallah ketika kita doakan seorang lelaki.

Syafakillah adalah ketika kita doakan seorang perempuan.

 

Tulisan Arab syafakallah

شفاك الله

 

Doa ketika melawat orang sakit dalam arabic adalah: "Laa ba'sa, thahuurun, insyaa Allah."
Maksud doa adalah: "Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosa mu bersih, insyaa Allah." 

 
 
 Kalau hati seseorang itu sihat dia takkan pernah bosan dengan al-Quran
syafakallah bermaksud "semoga Allah sembuhkan kamu"  
gambar syafakallah syifaan ajilan arab tulisan khat   syafakallah = semoga Allah sembuhkan kamu (lelaki)
syafakillah = semoga Allah sembuhkan kamu (perempuan)
Gambar arab syafakallah tulisan Arab.
maksud syafakallah syifaan ajilan syafakallah untuk lelaki

** Tedi, Tesco, Bandar Baru Nilai, pertama kali dikirim pada 12 Jun 2016
Rujukan: Kata dalam Bahasa Arab untuk aktivitas sehari hari – www.berilmu.com