بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Malam ni Sakinah datang rumah. Resam kalau dia datang mesti tidur di ruang tamu di hadapan tv, di atas lantai berhamparkan toto.

Tapi Master tetap cari katil juga untuk tidur, jadi tinggal Mommy sahajalah temani Sakinah tidur di bawah.

Master hairan juga tengok mereka tidur di atas lantai, tidak kesejukankah?

Walaupun beralaskan toto Master tetap berasa dingin lantai marmar menyerap ke dalam tulang belulang beliau. Paling teruk apabila bangun esok hari Master berasa seolah-olah paru-paru beliau dipenuhi cecair disertai hidung yang tersumbat dengan mukus.

Master hanya boleh tidur di lantai jika permaidani tebal yang keras menjadi alasnya.

Apakah tidur atas lantai ada kesan buruknya? Sampai sekarang Tedi belum ketemui jawapan saintifiknya. Belum lagi Tedi berkesempatan mengkaji permasalahan ini.

Gambar si Sakinah sedang mewarna sebelum tidur di ruang tamu beralaskan toto.
# Wednesday, 22 June 2016, 00:18 # 20160622 # Sony D2533 # DSC_4076 #

~20160622~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih