Sekarang jam 4.30 pagi.

Bermakna Tok Ayah dan rombongan sudah berada dalam kereta selama 12 jam, dan kini mereka baru berada di Gua Musang.

Semalam mereka tersekat di Machang selama 5 jam.

Dari Kuala Krai ke Gua Musang pula mereka tersekat selama 7 jam.

Dahsyat betul pergerakan kereta semalam, nampaknya ramai memilih Sabtu untuk travel pulang ke destinasi masing-masing kerana mengejar hari bekerja pada Isnin. Ini tidak menghairankan kerana tentunya ramai yang mahu berehat pada hari Ahad.

Pagi ini pula, mungkin gerombolan baru kenderaan akan memulakan pergerakan pulang ke destinasi masing-masing.

Dari Gua Musang ke Felda Sungai Lui akan mengambil masa 4 jam jika tiada kesesakan. Tedi doakan perjalanan mereka lancar selepas ini.

Aplikasi Google Map dan Waze pula nampak macam tidak beraksi baik pada pagi ini kerana jalan yang mereka berikan nampak tak bagus. Mungkin mesin pelayan mereka mengalami bebanan dek musim perayaan tahun ini.


20160710