Alhamdulillah, kami sudah sampai ke rumah Tok Ayah di Felda Sungai Lui pada waktu Maghrib tadi.

Perjalanan dari Sepang ke Felda Sungai Lui melalui Lebuhraya LEKAS dan Kuala Pilah tadi agak terganggu oleh pergerakan trafik yang perlahan dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah. Tedi tidak pasti sama ada Kuala Pilah ini sebuah bandar atau pekan, tapi macam best je disebut pekan... hehe..

Di kiri kanan jalan ke Kuala Pilah agak unik sebab anda boleh melihat ramai peniaga menjual itik-itik salai yang digantung di gerai masing-masing. Kebiasaannya ada juga peniaga yang jual daging salai, tapi Tedi macam tak nampak pula tadi. Lemang turut menjadi produk popular yang dijual di kawasan yang sama.

Di rumah Tok Ayah kami berbuka dengan nasi putih berlaukkan Sup Tulang dan Rendang Dagin, dua hidangan yang kaya dengan kolestrol.

Kemudian pada jam 11 malam tadi, Tedi bantai pula Nasi Impit berkuah kacang. Bulat sudah perut Tedi yang sudah mengempis hasil puasa tahun ini.

Esok kami akan bergerak konvoi tiga buah kereta ke negeri Terengganu Darul Iman.

Semoga semuanya berjalan lancar dan kami serta kediaman yang ditinggalkan berada dalam keselamatan.

Terima kasih kepada jiran-jiran yang meluangkan masa dan tenaga mereka untuk membantu memantau keselamatan taman kami. insya-Allah selamat.

Diucapkan juga Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan muslimin dan muslimat yang sudi menjenguk interpretZZ selama ini.