Google telah mengemaskini aplikasi Google Maps until menjadikannya lebih mesra pengguna dan lebih menarik secara visual.

Dalam version terbaru ini Google telah membuang beberapa elements seperti garisan luar jalan untuk memberikan Google Maps rupa yang lebih bersih.

Google mendakwa perubahan itu memudahkan pengguna melihat maklumat trafik.

Satu lagi ciri terbaru adalah 'areas of interest' atau tempat tumpuan yang akan memfokuskan kepada kawasan-kawasan yang sedang mempunyai banyak aktiviti, serupa seperti ciri pemberitahuan maklumat kesesakan jalan.

Kawasan yang banyak aktiviti akan diwarnakan Oren (jingga) manakala kawasan selebihnya akan diwarnakan dengan warna lain.

 

Gambar menunjukkan perbandingan antara Google Map lama dan terbaru.