1. Semalam kami tersekat ketika keluar parking di The Sphere di Bangsar South di mana pas bermusim milik Master tidak dapat dibaca oleh reader pada penghadang (barrier) pintu keluar tempat letak kereta bermusim itu.
  2. Kemudian pengawal keselamatan yang bertugas di sana telah membenarkan kami keluar melalui kon-kon yang diletak untuk menghalang jalan masuk lori dan bas.
  3. Pagi ini Master tidak dapat masuk ke tempat letak kereta bermusim apabila barrier tersebut menunjukkan mesej "wrong presence" yang bermakna mungkin sepatutnya kami keluar tapi sebaliknya kami masuk.
  4. Jaga yang ada di sana meminta kami mengambil tiket dan pergi ke pejabat pengurusan tempat letak kereta Bangsar South.
  5. Master cuba keluar semula dari tempat letak kereta menggunakan pas bermusim (season pass) namun barrier kata kami telah melebihi tempoh yang dibenarkan maka kami perlu membuat bayaran. Ini adalah kerana semalam mungkin kami tidak direkodkan sebagai telah keluar, jadi sistem mendakwa kami telah berada di sana semalaman?
  6. Hampas betullah macam ni, nak kena buang masa untuk berurusan di pejabat pengurusan letak kereta Bangsar South pula.



20160727