بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Tajuk bahasa omputeh tu bagi gempak sikit, bukannya apa, sebab dah banyak kali terjah Pengkalan Kubor ni.

Kali ni bawa Tok Mak, Tok Ayah, Mak Ngah dan family, Pak Teh, dan Pak Su dua orang (kembar).

Kami semua baru sampai dari Marang, Terengganu semalam. Bermalam di rumah Tok Abah di Wakaf Bharu.

Semalam kami beraya di Ketereh kalau tak silap di Kampung Tok Piah, di rumah keluarga seorang staff Tok Ayah di sana. Malam semalam pula kami terjah Wakaf Che Yeh beli permaidani harga MYR 90 (Sembilan puluh Ringgit Malaysia).

Hari ni saja ke Pengkalan Kubor, mana tau mereka nak beli coklat di sini.

Punyalah sesak Pengkalan Kubor sampaikan kami terpaksa parking kereta hampir 1 kilometer jauhnya disebabkan kami tak mahu beratur cari tempat letak kereta di dalam kawasan bebas cukai ni.

Master nak keluarkan duit di mesin ATM BSN di sini yang satu-satunya auto teller machine di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor ni tapi mesin itu kehabisan wang pula.

Mommy bawa sanak-saudara masuk kedai Edaran Impian Suri macam biasa. Tedi duduk luar sahaja sebab sesak sangat, orang Kelantan kata: "sumbak" (mungkin daripada perkataan sumbat), dan omputeh kata: "bottleneck".

Itu sahajalah catatan Tedi kali ini, telefon dah nak mati.

Gambar para pelancong sedang lalu-lalang di bawah  di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor
 
Welcome to the Customs Department at Raja Malaysia Pengkalan Kubor
Selamat Datang Jabatan Kastam diRaja Malaysia Pengkalan Kubor
# Saturday, 9 July 2016, 12:17 # Sony D2533 # DSC_4301 #

~20160709~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih