Selamat pagi semua.

Pagi ni Tedi terjaga awal mungkin sebab terlena awal malam tadi. Tedi tak perasan pula bila Tedi terlena tapi rasanya semasa rancangan My Kitchen Rules sedang ke udara.

Memandangkan Tedi dah terjaga ni, Tedi contenglah sedikit interpretZZ ni memandangkan dah beberapa hari Tedi abaikan ia sempena melayan jemputan ke rumah-rumah terbuka mahupun rumah-rumah yang tertutup.

Tapi hari ini Tedi nak mengarut sedikit, nak ceritakan pasal satu watak yang baru sahaja Tedi perolehi dalam permainan Summoners War.

Gambar Chasun atau Wind Skydancer di  Malam Malaysia imaginasi Carmenomo

Wind Skydancer (Penari Langit Angin) a.k.a Chasun

  1. Wind Skydancer ni Tedi baru sahaja perolehi daripada Gulungan Mistik (Mystical Scroll).
  2. Wind Skydancer ini adalah dari kelompok makhluk 4 bintang dalam Summoners War di mana ia digelar NB4 atau Nat4 yang bermaksud makhluk yang asalnya 4 bintang (natural born at 4 star). Ini adalah kerana dalam Summoners War, kita boleh sahaja naiktaraf mana-mana makhluk kepada 6 bintang secara evolusi.
  3. Wind Skydancer apabila dikejutkan (awaken) akan menjadi raksasa lain digelar Chasun. Ia adalah raksasa untuk tujuan sokongan (support) di mana ia mempunyai kemahiran untuk mengembalikan mata nyawa (health point) raksasa-raksasa yang lain semasa dalam pertempuran.
  4. Kuasa serangannya amat kelakar, tapi ia sangat membantu dalam pertempuran di mana Tedi lebih gemar memilihnya berbanding Water Fairy (Elucia) dan juga Light Inugami (Belladion).
  5. Kawan-kawan Tedi menyatakan bahawa Chasun (Wind Skydancer) adalah sangat bagus dan wajar dinaiktaraf sehingga 6 bintang. Tedi rasa Tedi sangat bersetuju dengan pendapat mereka. Setakat ini Tedi hanya ada 2 raksasa 6 bintang iaitu Fire Inugami (Raoq) dan Water Beast Monk (Chandra).
  6. Chasun dikategorikan sebagai raksasa yang patut dimiliki.
Maklumat kuasa dan kemahiran yang ada pada Chasun

Chasun terlebih kuasa?

  1. Tedi berasakan bahawa Chasun ini adalah makhluk biasa-biasa sahaja, tetapi ada perbincangan di luar sana yang menyatakan bahawa Chasun ini terlebih kuasa dan perlu dilucutkan kuasanya.
  2. Kalau dari segi kuasa, Tedi rasa saudaranya iaitu Fire Sky Dancer (Penari Langit Api) a.k.a Hwa Hee adalah lebih gila babi kuasa serangannya.
  3. Chasun dikatakan terlebih kuasa kerana ada 2 teknik menyembuh yang berlainan dan kadar sembuhan adalah berdasarkan jumlah maksimum mata nyawa (health point) si Chasun itu sendiri. Fakta yang menarik dan patut Tedi gunakan pada Chasun milik Tedi.
  4. Harap-harap COM2US takkan buang kuasa yang ada pada Chasun itu.