1. Baiklah hari ini Tedi nak buat sedikit catatan tentang Giant Dungeon yang baru sahaja Tedi berjaya takluki setelah mencuba beberapa kombinasi raksasa yang ada dalam koleksi Tedi.
  2. Giant Dungeon yang paling tinggi Tedi takluki setakat ini adalah B8 iaitu Wind Giant (Raksasa Angin).
  3. Secara teorinya untuk menewaskan Wind Giant di B8 tentunya memerlukan makhluk berunsur Api.
  4. Malangnya Tedi tidak punyai ramai makhluk api yang bagus tapi nasib baik Tedi ada 2 ekor makhluk api dari kategori NB5 dan NB4.
  5. Kompilasi makhluk yang Tedi gunakan untuk menewaskan Giant B8 adalah:
    1. Sekhmet 5*,
    2. Raoq 6*,
    3. Chasun 6*,
    4. Fire Occult Girl 5*, dan
    5. Belladeon 5*.

Sekhmet 5*

Gambar Sekhmet makhluk Fire Desert Queen atau Permaisuri Gurun Api

Tedi pilih Sekhmet sebagai ketua kerana dia boleh menaikkan HP rakan seperjuangan sebanyak 33%. Dia ni belum hebat lagi kerana Tedi belum habis build barisan rune miliknya disebabkan kekurangan mana stone. Tapi Tedi suka 1 skill dia yang boleh mencuri buff pihak lawan dan digunakan pada dirinya sendiri. Sungguh awesome kan? Skill itu bukan sahaja membantu dirinya sendiri tetapi juga kawan seperjuangan kerana buff yang hilang itu tentunya mengurangkan kekuatan lawan.

Ini baru 5 star punya makhluk, kalau Tedi dapat siapkan ia 6 star, tentu lagi power (hebat) kan?

Raoq 6*

Raoq tentunya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah makhluk pertama yang Tedi berjaya 6*-kan. Ia adalah penyerang utama dalam barisan makhluk yang Tedi miliki. Malangnya koleksi rune pada Raoq Tedi ni tak berapa cantik kerana pada masa Tedi memperlengkapkan beliau, Tedi masih kurang ilmu pasal Summoners War ni.

Chasun 6*

Makhluk ketiga yang berjaya Tedi 6*-kan ini terkenal sebagai makhluk penyokong yang hebat. Walaupun dia berketurunan Angin, dia sangat membantu dalam memberikan life support kepada kawan-kawannya.

Fire Occult Girl 5*

Ini satu lagi makhluk penyerang yang bagus tapi Tedi belum berjaya membinanya dengan sehabis baik. Tedi suka benar continous damage yang terdapat dalam serangannya. Lagi satu dia boleh serang ramai musuh serentak jadi itu membolehkan kawan-kawannya menyerang musuh paling lemah.

Tedi tak dapat bayangkan apakah kehebatannya jika Tedi berjaya evolve-kan dirinya kepada Rica?

Belladeon 5*

Ini adalah makhluk wajib jika memburu di Dungeons. Ia ada skill untuk menaikkan bar serangan kawan-kawannya sekaligus mempercepatkan serangan kawan-kawannya.

Selain itu Tedi masukkan dia untuk membantu Chasun memberi life support memandangkan skill Chasun hanya berguna jika max HP-nya masih tinggi, jadi Bella berfungsi membantu naikkan HP kawan-kawannya terutamanya Chasun sebanyak 30% sekali hentam.

20160918