بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah soalan ayang sering berlegar di minda Tedi, apabila melihat manusia mengangkat wiper kereta mereka apabila mereka meletakkannya di tempat letak kereta, lebih-lebih lagi apabila mereka meninggalkan kereta mereka untuk satu tempoh yang panjang.

Harga wiper silikon APEXI di Malaysia, Silicone wiper price, harga; Price list, harga of Malaysia Silicone wiper

  1. Apabila kereta diletakkan di tempat panas, dalam keadaan tertutup, suhunya boleh mencecah 70 darjah Celcius.
  2. Itu adalah suhu cermin hadapan yang tentunya akan memanaskan juga getah pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper).
  3. Pengelap cermin kereta yang kepanasan itu pula akan menyejuk pada waktu malam, ataupun apabila digunakan bersama air.
  4. Kitaran proses pemanasan dan penyejukan yang berulangan ini akan menyebabkan getah pada pengelap cermin kereta (windshield wiper) hilang daya elastiknya sekaligus menjadi keras dan rapuh.
  5. Elastik adalah sifat pada bahan yang menyebabkan ia kembali dengan segera kepada bentuk asalnya apabila ia diregang, atau ditarik. Contoh bahan yang mempunyai daya elastik yang tinggi adalah getah dan kain yang ditenun.
  6. Kerapuhan yang terhasil itu akan menyebabkan pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper) akan rosak dengan lebih cepat.
  7. Selain alasan proses pemanasan dan penyejukan yang berlaku pada pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper) , ada manusia yang mengangkat (windshield wiper) untuk mengelakkan pengumpulan debu atau salji padanya.
  8. Kehadiran dua elemen asihng itu akan menyebabkan bilah pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper) itu berat dan melekat pada cermin hadapan kereta (windshield).
  9. Apabila pemandu memasang pengelap cermin hadapan kereta (windshield wiper) dalam keadaan melekat, ia akan menjejaskan motor wiper tersebut.

~20161124~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih