Tedi baru sahaja habis menonton filem Lord of The Ring, The Two Towers di HyppTV tadi.

Tedi bukanlah peminat filem Lord of The Ring ni, tapi ada satu watak yang agak menarik minat Tedi.

Watak itu ialah seekor Elf yang bernama Legolas. Dalam filem tersebut dia adalah seekor Elf yang sangat cekap memanah.

Dia memanah dengan laju sambil melakukan aksi akrobatik jika tidak gimnastik.

Bekalan anak panahnya kelihatan tidak pernah kehabisan dan tak nampak pernah habis.

Maka Tedi pun tertanya-tanya,

Kenapa anak panah Legolas tidak pernah kehabisan?

Perkara pertama yang bermain di minda Tedi ialah kaum Elf mempunyai keajaiban di mana tabung anak panah mereka akan sentiasa berisi.

Jika benar demikian kenapa bukan ada satu anak panah sahaja dalam tabung mereka? Ataupun anak panah itu wujud sendiri secara silap mata apabila mereka mahu memanah?

Picture of Legolas from the Lord of The Rings movie franchise
Gambar Legolas dari francais filem Lord of The Ring

Akhirnya setelah membuat beberapa kajian dan mendapatkan jawapan daripada peminat tegar Lord of The Ring, Tedi mendapat jawapan seperti berikut:

  1. Legolas yang digambarkan dalam novel sering menghadapi masalah kehabisan anak panah. Dia akan mengutip anak panah yang telah digunakan. Jika terdesak dia akan menggunakan pisau yang tersisip rapi di pinggangnya.
  2. Manakala Legolas yang digambarkan dalam filem, tetap juga kehabisan anak panah, dan boleh dilihat dalam filem Battle of Five Armies, tapi kerana ia adalah filem maka menjadi kebiasaan aksi menembak takkan pernah kehabisan peluru.

Tedi kecewa dengan jawapan sedemikian kerana Tedi dah bayangkan jawapan-jawapan yang lebih mistik berbanding jawapan sebenarnya itu.

Rupa-rupanya biasa-biasa ajalah kaum Elf dan juga Legolas tu.

12/3/16 6:01 PM, 20160312