Tedi amat menyukai anime dari Jepun yang bertajuk Prince of Tennis (Putera Tennis). Ia mengisahkan tentang pemain tennis muda Jepun terutamanya watak utama Echizen Ryoma dan sekolahnya Seigaku.

Kalau nak tonton anime Prince of Tennis ni, Tedi pergi ke YouTube sahaja, tapi tidaklah Tedi tonton habis sekaligus. Ada masanya Tedi akan tinggalkan ia buat beberapa lama sebelum Tedi sambung tonton semula. Ini adalah catatan episod yang Tedi dah tonton.

tonton anime Prince of Tennis

Ada episod yang menarik terutama bab pertandingan, tapi ada masanya juga muncul episod selingan yang agak membosankan. Disertakan link buat kesenangan Tedi untuk tonton semua episod lepas.

Episod Tajuk Sinopsis URL di YouTube
141  
  1. Seigaku berpecah-belah sejak pemergian jurulatih mereka
  2. Tezuka kembali ke Jepun untuk menjadi jurulatih pengganti buat Seigaku, namun dicabar oleh beberapa pelatih untuk berlawan bagi membuktikan kredibilitinya sebagai seorang jurulatih di Kem Jemputan Remaja
  3. Nyanyian khas oleh Seigaku sempena kehadiran Tezuka
  4. Atobe versus Sanada
  5. Wakato versus Kabaji
  6. Watak misteri hadir mencari Echizen Ryoma - kena tonton episod seterusnya untuk ketahui siapa dia.
https://youtu.be/_Agsgn0tC28
142 Pemuda dari Amerika
  1. Oishi-Shisido versus Kikumaru-Ootori, perlawanan latihan beregu
  2. Pemuda Amerika versus Arai di Seigaku, menggunakan gaya serupa seperti Echizen Ryoma iaitu Double Twist Shot dan Drive B
  3. Pemuda Amerika versus Hyoutei Gakuen
  4. Kikumaru bantu naikkan semangat Ootori, terpilih sertai Pasukan Jemputan Remaja
  5. Pemuda Misteri perkenalkan diri sebagai Kevin
https://youtu.be/kA22faEzG9I
143 Pilihan Tezuka
  1. Echizen Ryoma hampir pasti menjadi pilihan Tezuka
  2. Kevin buat hal di sekolah-sekolah lain
  3. Tezaku dapat tahu sejarah "permusuhan" Kevin dan Echizen Ryoma
  4. Tezaku akhirnya cadangkan nama Sengoku dan Kirihara, tolak Echizen Ryoma kerana dia fikir Ryoma tidak bersungguh-sungguh untuk sertai Jemputan Remaja.
https://youtu.be/2Ou7mgejbN8
144  
  1.  Tezaku sekali lagi tolak Echizen dan pilih Fuji
  2. Kem Jemputan Remaja tamat dan semua peserta kembali ke sekolah masing-masing
  3. Akutsu Jin cabar Kevin, dikalahkan dengan teruk apabila Kevin gunakan semua teknik dan taktik yang pernah Echizen Ryoma gunakan semasa kalahkan Akutsu Jin. Perlawanan ini disaksikan oleh Echizen, Tezaku dan ahli Seigaku. Mereka sedar Kevin Smith meniru aksi Ryoma.
  4. Kevin mencabar Ryoma!
 https://youtu.be/Qj14jGouhYQ
 145  
  1.  Echizen Ryoma nak sahut cabaran Kevin Smith, tetapi dihalang Tezaku yang mahukan mereka bermain dalam Goodwill Games. Ryoma tetap mahu lawan Kevin, tapi ditampar Tezaku kerana ingkari arahan kapten. Ryoma sebelum ditampar nampak macam bukan dirinya, sangat tidak fokus dan tidak sabar.
  2. Kevin mengimbau semula bagaimana dia benci Ryoma
  3. Ryoma minta Tezaku benarkan dia lawan Kevin
  4. Pasukan misteri sedang dalam penerbangan ke Jepun
 https://youtu.be/LEQUwKMmWvg
146 Matlamat Pasukan Amerika
  1.  Rupa-rupanya pasukan misteri yang dalam penerbangan ke Jepun itu adalah pasukan jemputan dari Pantai Barat Amerika.
  2. Kevin Smith pula rupa-rupanya adalah pemain pasukan Amerika.
https://youtu.be/ssJUfNfE_qI
147 Yang Terkuat! Atobe dan Sanada
  1. Atobe dan Sanada versus Billy dan Michael Lee
  2. Atobe dan Sanda bermain baik tapi mereka tidak sefahaman.
  3. Pasukan Amerika menyimpan permainan mereka sehingga ke akhir episod di mana Billy adalah olahragawan yang bermain rodeo manakala Michael Lee adalah pelatih kung fu
https://youtu.be/DmC_XrB9UpU
148 Senario Baker
  1. Billy menggunakan teknik Shotgun Volley di mana dia terus menyambar smash yang dilakukan pihak lawan.
  2. Billy Cassidy gunakan teknik Bull Rope Serve di mana bola yang dia serve mempunyai top spin yang tinggi sehingga menyukarkan lawan menyambutnya.
  3. Pasangan Jepun mula kalah disebabkan mereka tiada kesefahaman.
  4. Atobe membalas dengan Tanhausser Serve yang menyebabkan bola hampir tidak melantun semasa serve.
https://youtu.be/N8BXnaZG1jI
149 Tango Ke Arah Kemusnahan
  1. Sanada membantu sambut bola yang Atobe tak dapat capai menyebabkan Atobe kembali sedar mereka adalah pasangan beregu
  2. Atobe dan Sanada bermain dengan harmoni dan menggunakan teknik Tango Towards Destruction di mana Sanada membantu menyasar tangan pihak lawan sebelum Atobe sudahkan dengan smash.
https://youtu.be/-JTI5bHVt0Y