Duk mencari makanan terbaik buat kucing-kucing, hari tu dah intai makanan kucing jenama Greens, kali ni nak cuba makan kucing jenama Misha pula.

Misha? Adakah Misha Omar keluarkan produk makanan kucing? Nampak gaya boleh jadi artis lah kucing-kucing yang dihidangkan dengan makanan kucing jenama Misha ni?

Haha, tidaklah begitu. Ini Misha makanan kucing pada jenama je lah...

Baiklah, mula-mula kita lawat dulu kiriman bertajuk Makanan Camiko oleh Laman Suri, saja nak import gambar makanan kucing Misha di sana.

Gambar makanan kucing jenama Misha berat 500 gram dari speedmart 99

 Pada awal detik Tedi melihat gambar ni memang rasa nak gelak pun ada, tengok bahasa macam dari Indonesia.

Pada bungkusan hijau tertulis Misha Meow Meow, biskut kucing yang lazat, sedap, serta suci. Jika silap faham ni boleh salah anggap pula ni adalah makanan biskut berperisa kucing. Tak ke haru tu?

Suci tu bermaksud bersih, tapi mungkin dia nak beritahu kita bahawa makanan kucing jenama Misha ni adalah halal. Bungkusan makanan kucing berjenama Misha berwarna hijau ini adalah seberat 500 gram dan berharga RM 4.95 sahaja. Ia berperisa Ikan Laut atau dalam Bahasa Inggeris disebut Ocean Fish.

Harga Makanan Kucing Misha

Menyentuh mengenai jarak harga makanan kucing jenama Misha meow-meow di Malaysia ni, boleh dikatakan ia sesuai untuk bajet jika anda ada bela banyak kucing.

Jom kita intai harga makanan kucing Misha yang ada di Malaysia:

 # Nama Berat Harga
 1 Makanan Kucing Dewasa Kering Misha perisa Ayam dan Tuna (Misha  Chicken & Tuna Dry Cat Food) 1.4 KG + 300 G RM 11.50 - RM 14.90
 2 Makanan Kucing Dewasa Kering Misha perisa Ayam dan Tuna (Misha  Chicken & Tuna Dry Cat Food) 500 G + 300 G RM 6.00 - RM 6.90
 3 Makanan Kucing Dewasa Kering Misha perisa Ayam dan Tuna (Misha  Chicken & Tuna Dry Cat Food) 8 KG RM 49.90 - RM 59.90
 4 Makanan Kering Kucing Dewasa Misha 8 KG (18+1)   RM 898.20 - RM 1138.10
 5 Makanan Kucing Kering Ikan Laut Misha 8 KG RM 49.90 - RM 59.90
 6 Makanan Kucing Basah Ikan Laut Misha 90 G x 10 bungkus RM 12.00 - RM 14.90
       

Bagi sesiapa yang mahukan makanan kucing Misha Meow-Meow ni boleh dapatkan segar dari ladang di mypetshop.com.my: Misha Malaysia.

Ulasan Makanan Kucing Misha

  1. Makanan kucing Misha adalah makanan kucing biasa mengandungi tahap protein minimum 26% dan sesuai dengan semua jenis kucing domestik.
  2. Makanan kucing Misha dibuat dari sumber halal.

20170127