بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Tadi semasa merayau di Tesco Putra Nilai di Bandar Baru Nilai, Tedi perasan harga minyak enjin kereta murah daripada jenama Shell, sebelum ini pada 20170220 di TESCO Putra Nilai ada empat (4) jenis minyak pelincir enjin kereta a.k.a minyak hitam kereta a.k.a minyak enjin kereta di sana daripada jenama Shell, Mobile, dan juga Castrol.

Rasanya macam Tedi tak pernah jumpa minyak enjin jenama Petronas di pasaraya. Kenapa ya?

Minyak hitam dalam Bahasa Inggeris ialah "engine oil"

KandunganHarga Minyak Enjin Separuh Sintetik (Semi Synthetic)Harga Minyak Hitam Sintetik Penuh (Fully Synthetic)Minyak enjin kereta pilihan pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra NilaiJenis minyak hitam kereta pilihan, dan Beli minyak enjin kereta di pasaraya berbanding bengkel?

Berikut adalah harga minyak-minyak hitam tersebut direkodkan demi panduan pada masa hadapan:

Harga Minyak Enjin Separuh Sintetik (Semi Synthetic)

  1. Harga Minyak Enjin Shell Helix HX7 10W-40 Semi Synthetic 5 Liter ialah RM 109 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.
  2. Harga Minyak Hitam kereta Castrol Magnatec 10W-40 Semi Synthetic 4 Litre ialah RM 89.90 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.

Harga Minyak Hitam Sintetik Penuh (Fully Synthetic)

Picture The price of Shell Helix ULTRA 5w-40 full synthetic car engine oil for 4L (four liter) diesel and gasoline (petrol) engine is RM 99 (ninety-nine Ringgit Malaysia only) on 19 Feb 2019 at TESCO Putra Nilai. The promotional price of this car engine oil is valid until 27 Feb only.
Harga minyak enjin kereta (minyak hitam kereta) sintetik penuh Shell Helix ULTRA 5w-40 untuk enjin diesel dan gasolin (petrol) 4L (empat liter) ialah RM 99 (sembilan puluh sembilan Ringgit Malaysia sahaja) pada 19 Feb 2019 di TESCO Putra Nilai. Harga promosi minyak enjin kereta (minyak hitam kereta) ini adalah sah sehingga 27 Feb sahaja. # XiaomiR Redmi Note 5A 201902 20190219 2019-02-19 20190219_215817 # 19 Feb 2019 jam 21:58 malam hari Selasa #
  1. Harga Minyak Pelincir Shell Helix ULTRA 5W-40 Sintetik Penuh 4 Liter ialah
    1. RM 99 pada 19 Feb 2019 di TESCO Putra Nilai. Harga promosi sah sehingga 27 Feb 2019 sahaja. Master beli sebotol minyak hitam kereta ni nanti upah bengkel kereta ganti minyak enjin kereta Proton Persona mungkin dalam RM 15. Masih untung lebih seratus Ringgit Malaysia, kan? Master bayar guna Touch n Go eWallet kononnya nak dapatkan hadiah sehingga RM 888, tapi rupa-rupanya lepas bayar kena tekan satu butang untuk dapatkan hadiah tersebut, rasa macam bodoh saja kan? Macam Touch n Go sebenarnya tak nak beri pun hadiah tu, sekadar umpan nak gunakan wallet mereka sahaja.
    2. RM 128 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.
  2. Harga Minyak Hitam Mobil 1 5W-50 Fully Sintetik 4 Litre ialah RM 229 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.
  3. Harga minyak enjin kereta Minyak Enjin TESCO Sintetik 4 Liter Fully Synthetic Engine Oil 5W-40 (API SN/GF5) ialah RM 165 pada 20 Feb 2017 di TESCO Putra Nilai.

<top>


Pilihan Tedi?

Minyak enjin kereta pilihan di TESCO Putra Nilai

Daripada keempat-empat jenis produk tersebut, Tedi akan memilih minyak enjin kereta Shell Helix Ultra kerana ia adalah minyak hitam sintetik penuh (fully synthetic) dan juga harganya cuma lebih RM 20 berbanding Shell Helix HX7 dan lebih RM 30 berbanding Castrol Magnatec yang kedua-duanya adalah minyak separuh sintetik (semi synthetic).

Tedi tak pilih Mobil 1 fully synthetic sebab harganya lebih RM 101 berbanding minyak enjin Shell Helix Ultra.

Jenis minyak hitam kereta pilihan

Kenapa Tedi utamakan minyak sintetik penuh? Boleh baca kiriman Tedi di sini yang membandingkan antara semi sintetik dan fully synthetic.

Beli minyak enjin kereta di pasaraya berbanding bengkel?

Ikutkan selalunya Master beli minyak hitam kereta di bengkel, selalunya mahal, dan ada yang betul-betul murah, tetapi ada jiran yang terkena minyak hitam kereta tiruan apabila beli di bengkel. Jadi sebagai alternatif, kita beli di pasaraya, logiknya pasaraya mestilah dapatkan bekalan yang original kan? Jika mereka jual murah tu selalunya sebab nak habiskan stok sebab ruang storan bagi pasaraya besar adalah satu kos yang mahal.

Lebih baik pasaraya besar ni kosongkan stor mereka daripada barang lama dan masukkan barang baru, buat apa nak simpan barang-barang lama? Siapa nak beli barang yang dah lama? Jadi pasaraya terpaksa jual dengan harga murah. Modal mereka pun besar.

Tetapi Pak Lang Epul kata minyak hitam di Tesco ni berkemungkinan minyak hitam tiruan kerana Tesco beli daripada pembekal dan hanya mengikut harga yang murah.

Erm kalau macam itu lebih baik kita beli minyak hitam di stesen minyak? Takkanlah stesen minyak tu nak menipu kerana minyak hitam itu sudah tentulah jenama mereka sendiri?

<top>

 


Karangan ini adalah berkenaan harga minyak enjin castrol magnatec 10w40 tesco, minyak hitam castrol magnatec.

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih