Volkswagen Polo 81 TSI adalah sebuah kereta yang comel.

Namun banyak berita kurang enak yang Tedi dengar pasal kereta ini.

Apakah masalah biasa pada Volkswagen Polo 81TSI manual hatchback Comfortline 1.2-liter yang menjadi buah mulut dan kritikan ramai?

Adakah masalah kereta Volkswagen Polo ni pada timing belt atau chain? Atau adakah masalahnya pada kekurangan ruang simpan barang (boot space) walaupun kerusi penumpang dilipat?

Apakah pula keuntungannya jika beli kereta Volkswagen Polo ni?

Gambar sebuah kereta volkswagen Polo 00 TSI

Kereta Volkswagen Polo sebenarnya adalah kereta yang menarik perhatian Tedi jika dikira dari segi performance dan juga kendalian (handling). Ada pengkritik yang menyatakan bahawa kereta Volswagen Polo ni mudah dikendalikan seperti memandu sebuah go-kart.

Ruang simpanan barang kereta Volswagen Polo adalah sangat sempit apabila tempat duduk belakang dinaikkan, tapi kita kenalah sedar bahawa ia adalah sebuah kereta kecil, jadi janganlah mengarut nak komen pasal ruang letak barang (boot space).

Kereta Volkswagen diketahui seantero dunia menghadapi masalah dengan sistem klac dual auto DSG  (DSG dual-clutch auto) mereka, tapi jika beli edisi manual, ia bukanlah satu isu.

Enjin kereta Volkswagen Polo 1.2-liter tersebut menggunakan tali sawat pemasaan (timing belt), yang bermaksud ia perlu ditukar setiap 105,000 kilometer atau tujuh tahun, yang mana dahulu.