Peluru bersaiz 16" akan mewujudkan kawah 50 kaki lebar dan 20 kaki dalam di mana jarak tembakan adalah tidak relevan.

Sebagai contoh peluru MK. 8 APC (Armor-Piercing, Capped) mempunyai berat 2700 lb dan telah direka untuk menembusi perisai keluli keras yang dipasang pada kapal perang asing.

gambar meriam besar pada kapal perang dunia kedua

Pada jarak 20000 ela, MK. 8 boleh menembusi perisai keluli 20 inci, dan pada jarak yang sama, peluru MK. 8 tersebut boleh menembusi konkrit setebal 21 kaki.

Selain itu ada peluru MK. 13 HC (High Capacity) yang boleh digunakan untuk mengebom sasaran tidak berperisai dan juga pengeboman di kawasan pantai. Peluru Mk. 13 itu boleh menghasilkan kawah selebar 50 kaki dan sedalam 20 kaki ketika impak dan letupan, dan boleh meyebabkan kegondolan pokok sejauh 400 ela dari kawasan titik perlanggaran.

Peluru-peluru ini dipanggil "pembuat kolam renang". Kedua-duanya secara praktikalnya boleh melenyapkan kereta kebal dan juga anggotanya.

Kawah yang terhasil daripada tembakan meriam besar kapal perang
gambar nisbah tinggi peluru meriam kapal perang kepada tinggi manusia.