Tadi semasa berjalan-jalan di Bangsar South, Tedi terserempak dengan tiga buah Grab Car.

Biasalah kan jika bertemu dengan Grab Car di bandaraya Kuala Lumpur di Malaysia ni?

Cuma kali ni Grab Car yang Tedi nampak menampakkan kelainan berbanding dengan Grab Car yang Tedi selalu nampak.

gambar kereta Grab Car Touch n Go di Bangsar South.

Grab Car yang Tedi nampak kali ini adalah Nissan Almera silver dengan sticker mempunyai logo Grab dan Touch 'n Go di badannya. Terdapat ayat "Grab Touch 'n Go" dan "Powering urban mobility". Tedi tidak pasti sama ada syarikat Touch 'n Go telah mempunyai kereta Grab Car mereka sendiri?

Menurut seorang pakcik yang identitinya tidak Tedi berapa kenali, pengguna Grab Car Malaysia boleh menggunakan Touch 'n Go untuk membayar perkhidmatan Grab Car yang mereka langgani.

Jika tidak silap Tedi, pakcik tu sebut e-wallet. Pengguna membayar menggunakan Touch 'n Go melalui satu aplikasi dalam telefon pintar mereka. Touch 'n Go dalam telefon pintar ini boleh ditambah nilai (top up / reload) melalui beberapa cara seperti kad kredit, kad debit, dan nombor pin topup. Tedi tak pasti pula jika pengguna boleh tambah nilai Touch 'n Go dalam telefon pintar tersebut menggunakan transaksi perbankan atas talian (online banking).

Tedi tak pasti pula jika hanya Grab Car yang ada logo Touch 'n Go sahaja membenarkan pembayaran menggunakan Touch 'n Go?

Melalui pembacaan Tedi di sebuah laman web, kehadiran kereta Grab tersebut adalah salah satu daripada elemen perasmian pembukaan Customer Experience Centre (Pusat Pengalaman Pelanggan) di Bangsar South. Katanya kalau guna Grab untuk ke pusat tersebut, pelanggan Grab akan diberikan diskaun 10%.


20170329