Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Enfalac A+ Rumusan Khas di Tesco Nilai

Imej
Sekarang Tedi ikut Master beratur di Tesco Bandar Baru Nilai nak bayar barang yang kami beli di sini.Tedi kadangkala keliru sama ada Tesco ni Tesco Bandar Baru Nilai atau Tesco Putra Nilai? Tak kisahlah. Kami ke sini kerana membeli susu Rumusan Khas Enfalac A+ Post Discharge untuk bayi Aina. Susu formula ini dirumus khusus untuk bayi pra matang atau bayi tidak cukup bulan. Beratnya satu tin 900 gram dan harganya RM 132 lebih kurang.Susu ini dipilih untuk berikan bayi Aina zat yang diperlukan oleh seorang bayi yang tidak cukup bulan sepertinya. Apa-apa pun susu terbaik sudah tentunya susu ibu.Susu formula khas Enfalac A+ ini juga dipilih sebab bayi Aina sesuai dengannya. Tapi tak lama kot bagi Aina susu ni sebab harganya tu mahal juga. Sebulan mungkin 3 tin susu ni diperlukan untuk menyusu Aina.Kami beli di Tesco Nilai ni sebab di sini sahaja susu ini boleh didapati selain di Giant Nilai. Masalahnya di Giant Nilai susu ni dikurung dalam peti kaca dan ada kaunter khusus yang tiada orang …

Kenapa Bayi Sedu?

Imej
Terlebih makan adalah penyebab biasa berlakunya sedu.Jika perut kembang terlalu cepat atau menjadi terlalu penuh, ini boleh mencetuskan otot diafragma menjadi kejang. Apabila menyusu badan, cuba perlahankan penyusuan dan berhenti dan sendawakan bayi apabila anda beralih dari satu payudara kepada payudara yang lain.Tapi bukan semua sedu disebabkan oleh terlebih makan. Ia boleh juga disebabkan oleh ransangan dan juga rengsaan pada otot diafragma bayi.

Towerthon Menara KL 2017

Hari Ahad, 14 Mei 2017 yang lalu Mommy dan Master telah memanjat 2058 anak tangga Menara KL melalui event Towerthon 2017.Ini adalah kali kedua mereka sertai perlumbaan panjat tangga tersebut setelah pertama kali menyertainya pada tahun 2016.Jika pada tahun lepas kami menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kali ini kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.00 pagi dan sampai di Menara KL sekitar jam 5.00 pagi.Terima kasih kepada Mak Lang dan Pak Lang dan Adam Irfan yang sudi menginap di rumah kami demi menjaga Aina yang kami tinggalkan. Tak sanggup bawa Aina bersama ke sana dan tak sanggup pula bawa dia menginap di hotel.Sampai sahaja di tapak mula perlumbaan, kumpulan Master iaitu Wave 5 telah dipanggil. Waktu itu mungkin jam 5.30 di mana waktu Subuh belum masuk.Master dan seorang rakannya yang pertama kali menyertai Menara KL International Towerthon memulakan pendakian. Perlumbaan dimulakan dengan para peserta dilepaskan 5 orang setiap 30 saat, berbeza dengan tahun lepas di mana 200 …

Bolehkah bayi minum air?

Langkah terbaik adalah untuk elakkan pemberian air kepada bayi sebelum umur bayi berusia 6 bulan.Ketika fasa 6 bulan pertama susu badan ibu atau susu formula adalah mencukupi untuk bayi kekal sihat.Kita elakkan pemberian air kerana ia akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan akan sebabkan bayi kekurangan zat.Ahli pediatrik juga berjaga-jaga tentang pemberian air kerana pemberian air yang terlalu banyak akan sebabkan buah pinggang bayi singkirkan sodium dan elektrolit menyebabkan bayi kekurangan garam. Jika serius ia akan menyebabkan bayi diserang sawan.Walaupun pada hari panas bayi masih tidak perlukan air, susu badan dan susu formula masih cukup untuk bantu bayi kekal terhidrat.Walau bagaimana pun jika bayi constipated, ahli pediatrik mungkin akan cadangkan pemberian air sebanyak 2 aun setiap hari untuk kembalikan bayi ke keadaan normal.Selepas bayi berumur satu tahun, bayi boleh dibenarkan menghirup air dengan lebih kerap.

Bolehkah bayi minum madu?

Imej
Jangan beri bayi anda sebarang jenis atau bentuk madu sebelum bayi anda berumur satu tahun (1 tahun) walaupun untuk mengubati batuk. Ini adalah kerana madu secara kebiasaannya boleh mengandungi sejenis spora bacterium yang dipanggil clostridium botulinum. Walaupun toksin boleh dihapuskan pada suhu tinggi tetapi spora tersebut tidak.Spora ini boleh menyebabkan sejenis keracunan makanan (botulism) yang jarang berlaku di kalangan bayi tetapi amat berbahaya buat bayi.Kehadiran bakteria tersebut tidaklah bermaksud bekalan madu manusia tercemar tetapi bakteria itu tidak merbahaya kepada orang dewasa dan bayi berusia lebih setahun.

Kerja Kosong di Kedai Mr DIY Putra Nilai

Imej
Kepada mereka yang berminat untuk bekerja sebagai Penyelia (Supervisor), Pembantu Penyelia (Supervisor), Juruwang (Cashier), Pembantu Kedai (Store Assistant) dan Jurujual (Promoter) di kedai MR D.I.Y Bandar Baru Nilai bolehlah menghubungi encik Vince Ng untuk menetapkan sesi temuduga di talian 016-6611490.Iklan MR DIY vacancy ini Master Tedi snap pada 22 April 2017 yang lalu.Alamat MR DIY Bandar Baru Nilai adalah di 9 Avenue Nilai (9AN), Lot no A7, A8, A9, A10, 1st floor, 9 Avenue Taman Korporat Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.Jika kawan-kawan tak tahu di mana lokasinya, bolehlah ke Giant Nilai atau guna sahaja lokasi yang Tedi sertakan di bawah.Semoga sesiapa yang berminat bekerja di sana mendapat pekerjaan yang halal dan diberkati Allah. Amin.Lokasi kedai Mr D.I.Y Nilai:

Komen telefon OPPO R9s

Hari ini Tedi nak kaji sikit pasal telefon pintar OPPO R9s sebab Mommy berkira-kira nak beli telefon tersebut.OPPO R9s secara umumnya telah diberi penilaian 8.2.Kelebihan Oppo R9sMelalu kajian Tedi telefon OPPO R9s ini adalah telefon pintar dengan kamera terbaik untuk telefon yang seharga dengannya. Jadi jika kalian hanya mahukan prestasi kamera maka bolehlah sambar telefon ini dengan pesanan jangan pedulikan kelemahan lain, atau boleh beli telefon lebih mahal untuk kamera sebagus OPPO R9s ni.Oppo R9s menggunakan teknologi caj super pantas VOOC menyebabkan ia boleh dicaj 75% hanya dalam 30 minit! Baterinya juga mengkagumkan kerana tahan lebih lama.OPPO R9s juga gunakan rekaan nipis dan ringan. Ia juga ada paparan menarik selain sokongan dual-SIM. Ia mempunyai ruang 64GB dan sokong SD mikro tambahan, malangnya SD mikro tambahan ini akan gunakan slot SIM 2.Kelemahan telefon OPPO R9sKelemahan OPPR R9s adalah ia menggunakan rekaan dan perisian yang ditiru. Perisiannya sedikit kelam kabut.…

Reunion sekolah Mummy di Taman Seri Empangan Putrajaya

Imej
Pagi tadi kami ke Taman Seri Empangan di Putrajaya.Ada majlis reunion kawan-kawan sekolah Mummy di sana. Kami bawa sekali baby Aina ke sana walaupun Mummy kata dah tak nak bawa Aina keluar berjalan-jalan naik kereta sebab tak mahu bayi Aina selsema terkena hawa sejuk dari corong penghawa dingin kereta. Pagi tadi juga kami mula gunakan stroller bayi Compatto Aldo A-baby. Agak bagus juga ada stroller boleh lipat ni, cukuplah untuk muat dalam kereta walaupun tidak dilipat penuh.Cuaca pagi sangat baik di Taman Seri Empangan, cuma tiada angin menyebabkan ada di antara kami yang berpeluh di bawah kehangatan mentari.Baby Aina pun mungkin kepanasan, mujur ada kawan Mommy tawarkan kipas mobile milik anak beliau.Tetapi baby Aina sangat behave, tidak buat perangai meragam, kebiasaan yang agak kebetulan apabila baby Aina berada di khalayak ramai.Master terpaksa buaikan baby Aina ketika mendukungnya supaya dia rasa berangin agar dia kekal berkelakuan baik.Pada penghujung majlis reunion tersebut, hu…

Ujian Pendengaran dan Mata Bayi Aina

Akhirnya selesai juga ujian pendengaran dan ujian mata bayi Aina dalam dua hari berturut-turut.Ujian Pendengaran BayiUjian pendengaran bayi dilakukan di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Precint 8 di Putrajaya pada 4 Mei 2017. Tampaknya bangunan Hospital Bersalin Berisiko Rendah ni adalah blok perumahan kakitangan kerajaan yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hospital.Kena mendaftar dulu di unit hasil dengan bayaran sebanyak RM 5 bagi rakyat Malaysia, sebelum dihantar ke Unit Ujian Pendengaran di tingkat 2. Pastikan anda membawa buku merah bayi dan juga kad kesihatan bayi.Sebelum dibenarkan naik ke tingkat 2, kami perlu mendaftar dahulu dengan pengawal keselamatan di bawah.Bayi Aina gagal dalam ujian pendengaran tersebut di mana ujian dilakukan dengan meletakkan satu alat di telinga dan kepala bayi. Bayi harus tidur nyenyak semasa ujian dilakukan. Doktor kata mungkin bayi Aina ni gagal sebab dia selsema.Kami habis dalam jam 10 lebih di mana kami mendaftar dalam jam 9.30 pagi. Sempatl…

Pesan dalam Diamku

Imej
Pedih hatiku, hilang suaraku
Mengapakah begini?
Rasa kerdilnya diri
Ku yakin ia tidak harus sesekali begini.
Sumber gambar: http://www.anasmara.com/2010/07/pesan-tanpa-kata-kata.html
Tatkala dia mengungkapkan, kekusutan, dalam jiwanya,
Aku hanya mampu mendengar,
Menunduk bisuBerulangkali dia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku hanya menadah telinga,
Tunduk membisu.Inginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman",
Bersabarlah dengan ujian,
Cuma bergema di hati.Matanya berkaca
Menambah sebak di dada,
Aku tidak membantu,
Lidah kelu bak ditambat rapi
Membatu, bisu, itu reaksi diriku.Pedih hatiku, hilang suaraku
Mengapa begini?
Rasa kerdilnya diri, tiada diriku berguna,
Tiada makna hidup di bumi ini,[2:09]Dia bertanya lagi
Kenapa kau tak membantuku?
Tidakkah kau mahu melihat temanmu bahagia?Kenapa kau hanya diam?
Inikah peranan seorang teman?
Kata-katanya menghiris hati, tapi perlu ku akuiInginku, menyatakan, "Tabahkanlah hatimu teman",
Bersabarlah dengan ujian,
Cuma bergema d…