Amy Mastura jadi makcik macam tak sesuai

Taman Seroja, 10.00 malam.

Tedi baru ja sampai di Bandar Baru Salak Tinggi dari Kuala Lumpur. Sekarang ni Tedi sedang menunggu makanan yang dipesan disiapkan oleh pekerja kedai makan Awan Tomyam.

Sepanjang hari ni memula kami bawa bayi Aina ke klinik kerana hidungnya habis luka-luka dicakar olehnya. Aina kalau mengamuk memang kerjanya mencakar muka.

Doktor cuma bagi ubat sapu dan tak benarkan apa-apa ditampal pada hidung bayi Aina sebab ditakuti akan jadi lebih teruk.

Selepas itu kami ke kuarters polis Desa Aman di Kerinchi untuk survey kalau ada pengasuh di sana untuk jaga bayi Aina. Tapi tidak kesampaian. Master adalah berbual dengan makmum di surau di sana dan beliau tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Selepas berpusing-pusing beberapa ketika di sekitar Bangsar South, kami ke Menara TM a.k.a Menara REbung untuk mengambil barang di sana. Dari Menara TM kami ke Midvalley pula untuk berbuka puasa dan cari telefon pintar Sony Ultra XA1.

Tetapi sampai sahaja di sana, Chicken Rice Shop sudah pun fully booked oleh mereka yang mahu berbuka puasa. Jadi kami pergi saja ke AEON, beli burger daging, sandwich, dan satu makanan warna hijau yang Tedi tak kenal. Bukan makanan Malaysia nampak gayanya kerana ia dibungkus segitiga mungkin dengan rumpai laut.

Kemudian kami ke surau di aras LG kerana Mommy nak solat Asar, sebelum kami naik ke bahagian bayi di aras G untuk mandikan bayi Aina. Aras G menempatkan tempat jualan barangan bayi dan ada juga bilik bayi yang menyediakan bilik penyusuan bayi, bilik tukar lampin, dan air panas serta air sejuk dari mesin Coway jika nak sediakan susu untuk bayi. Biliknya sangat luas dan selesa membolehkan 4 bayi disalin lampinnya serentak.

Kami berbuka puasa di aras yang sama, sebelum Mommy dan Master bergilir turun ke aras LG untuk tunaikan solat Maghrib. Surau agak kecil kerana boleh memuatkan 2 saf sahaja di mana Imam terpaksa sebaris dengan makmum jika mahu dapatkan dua saf tersebut.

Selesai solat kami ke Sony untuk tengok telefon pintar Sony Xperia Ultra XA1 yang Mommy inginkan. Malangnya produk tersebut masih belum ada di sana menyebabkan kami sedikit hampa. Pekerja di sana pun tidak tahu bila ia akan muncul di pasaran dan mereka minta Mommy tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi apabila Sony Ultra XA1 tu sampai.

Selepas itu kami bertolak pulang.

Restu Ramadhan

download tonton telemovie Restu Ramadan lakonan Mark Adam dan Amy Mastura

Itulah tajuk drama Melayu yang sedang ditayangkan ketika Tedi menunggu makanan kami siap. Drama tersebut menampilkan Amy Mastura sebagai seorang makcik. Agak janggal Tedi menonton drama tersebut sebab tak kelihatan Amy Mastura tu macam seorang makcik.

Agak kelakar pula Tedi dibuatnya... hihihi.

Telemovie komedi Restu Ramadan ni menampilkan Mark Adam, Issey, dan Zaibo sebagai pelakon utama.

Sinopsis telemovie Restu Ramadan ni Tedi tak gemar sangat sebab berkisar pasal orang tua yang ponteng puasa dan kemudian menjejaskan nama si Restu (Mark Adam), seorang pemuda yang naif.

Lokasi kedai makan Awan Tomyam di Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi

Ulasan