Beko WMB101433LW: Mesin basuh terbaik bawah MYR 1700

Beko adalah jenama dari Turki yang menghasilkan banyak produk nilai terbaik dan digemari pengguna. Mesin basuh ini boleh memuatkan 10 kilogram basuhan dan menggunakan motor inverter dengan jaminan 10 tahun. Ia juga mempunyai kitaran basuhan yang serupa dengan mesin basuh berharga 3 kali ganda lebih mahal.

gambar mesin basuh Beko Malaysia 2017 berwarna putih

Tidak banyak mesin basuh yang menawarkan Basuhan Tangan, Basuhan Sejuk, Jagaan Lembut, Pakaian Bayi, dan juga Duvet Serat sebagai senarai program basuhan mereka, tetapi Beko WMB101433LW memiliki semua program tersebut.

Ia berupaya membasuh pakaian seberat 10 kilogram dalam 30 minit dan pakaian seberata 2 kilogram dalam masa 14 minit sahaja.

Ciri lain yang menarik perhatian adalah saiz pintunya yang lebih besar berbanding kebanyakan mesin basuh lain.

Berdasarkan kepada harganya yang murah dan ciri-ciri yang ditawarkan, anda mungkin menyangkakan mesin basuh ini tidak cekap dalam melaksanakan tugasannya, tetapi, sebaliknya mesin basuh cekap tenaga ini berfungsi dengan sangat baik dan juga sangat senyap.

Satu perkara yang mungkin agak menjelikkan pasal mesin basuh Beko ini ialah butang mula dan hentinya sangat sensitif.

Ciri-ciri utama:

  1. saiz dram: 10
  2. kelajuan pusingan maksimum: 1400
  3. penilaian kecekapan: A+++
  4. Basuhan Kapas
  5. Basuhan Sutera
  6. Basuhan Tangan

Ulasan