Caliph Busker jadikan Romancinta mahakarya!

Tedi bukanlah peminat lagu-lagu rock. Tedi selalunya menilai sesebuah lagu berdasarkan liriknya yang bermakna.

Jika lirik lagu itu berkisar pasal perihal percintaan, Tedi selalunya takkan hiraukannya.

Romancinta adalah sebuah lagu yang telah lama diputarkan di corong radio. Tapi tidak pernah mahu mendengarnya kerana penyanyinya yang asal iaitu Aweera agak terjerit-jerit menyanyikannya. Ditambah lagi dengan liriknya yang mengagungkan percintaan agak memualkan Tedi.

Tetapi apabila Caliph Buskers membawanya dalam Anugerah Juara Lagu, mereka telah membawa lagu Romancinta ini ke satu tahap yang tinggi iaitu mahakarya. Tiba-tiba sahaja ramai yang mahu menyanyikan lagu Romancinta ini dengan gaya Caliph Buskers.

Sebuah lagu yang pada asalnya Tedi dengar hanya terjerit-jerit tiba-tiba sahaja mampu membuatkan Tedi berasa sedih kerana terasa benar Caliph Buskers merayu kepada wanita yang diceritakan dalam lagu tersebut. Sebutannya juga jelas sehingga kita mampu menghayati lagu tersebut dan bukan hanya terpekik terlolong.

Sebelum ini Tedi berpendapat bahawa sesebuah lagu itu sedap kerana ia sedap tanpa kira siapa penyanyinya. Tapi fenomena Romancinta bawaan Caliph Buskers itu mengejutkan Tedi sekaligus buat Tedi terpaksa mengakui bahawa Caliph Buskers telah berjaya mengangkat Romancinta sebagai sebuah mahakarya.

Ulasan