Bagaimana Google Map dapat maklumat trafik

Alhamdulillah, Tedi telah terpilih sebagai penguji beta untuk aplikasi Google Map.

Oleh itu Tedi telah memilih untuk mula gunakan Google Navigation instead of Waze.

Tedi kadangkala terfikir adakah Google Map lebih baik berbanding Waze? Bagaimana pula Google Map boleh dapatkan maklumat trafik masa nyata padahal aplikasi tersebut tidak benarkan pengguna masukkan data sebagaimana Waze.

Melalui pembacaan Tedi, Google Map gunakan data daripada 3 sumber utama.

1. Google Location Service

Apabila pengguna gunakan Google Map, aplikasi tersebut akan dapatkan lokasi pengguna menggunakan Google Location Service dengan erti kata lain mengintip di mana pengguna berada. Bagi Tedi ia adalah bagus kerana tidak perlukan pengguna input data secara manual.

2. Waze

Waze adalah anak syarikat Alphabet menjadikannya sebumbung dengan Google tapi pada arah yang berbeza.
Waze menyediakan data yang diperolehi daripada pengguna kepada Google.
Nice huh?

3. Pihak berkuasa tempatan

Google dikhabarkan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk dapatkan maklumat trafik dan juga maklumat berkaitan seperti projek pembinaan dan juga penutupan jalan.

Ulasan