Ajaib!

Itu sahaja yang mampu Tedi ungkapkan apabila mesin basuh Haier HWM7808 Fuzzy Logic yang telah berusia 8 tahun itu kembali bekerja seperti normal.

Sebelum itu mesin basuh ini menghadapi masalah untuk hentikan aliran air paip dan ia tetap mengalir walaupun suis mesin basuh Haier tersebut telah dipadamkan.

panduan penggunaan mesin basuh Haier model HWM58-020.

Namun malam ni mesin basuh Haier HWM7808 itu seolah-olah kembali pulih setelah banyak ekor semut keluar berbondong-bondong dari salur masuk air paip apabila paip dibuka.

Musykil betul Tedi dibuatnya, tapi kalau betul dah okay, baguslah.

Tadi Tedi set kitaran wash dan rinse-spin, iaitu dua kitaran berbeza. Rinse tidak boleh diset solo pada mesin basuh Haier HWM7808 tersebut, hanya boleh set sama ada wash-rinse atau rinse-spin.

Apakah semut-semut itu yang mengganggu mesin basuh Haier HWM7808 tersebut sehinggakan air tidak berhenti masuk semasa wash, rinse, dan spin?

Wallahu'alam.

Lain kali boleh try pula kitaran basuhan penuh iaitu wash-rinse-spin.