Liga musim level 6 tahun 2017 ini sudah menghampiri penghujung di mana pada waktu ini pasukan New Kedah United mendahului liga dengan perbezaan mata yang agak membanggakan.

gambar taktikal formasi 4-1-2-2-1 dalam Football Manager

Game berbaki 3 perlawanan dan jika New Kedah United berjaya dapatkan 1 mata dalam 3 perlawanan terakhir, kami akan juarai liga level 6 2017 ini!

Wow! Tak sangka sungguh ketika New Kedah United hanya menduduki 6 tempat teratas pada musim level 5.

Boleh dikatakan kejayaan ini adalah disebabkan oleh formasi baru yang Tedi gunakan iaitu formasi 4-1-2-2-1 Wide dengan menggunakan seorang penyerang yang dibantu oleh dua pemain sayap kiri dan kanan.

foto bokep formasi pasukan bola sepak 4-1-2-2-1 secara umum

Penyerang solo Tedi arahkan untuk neutral iaitu tidak terlalu menyerang dan tidak pula turun ke bawah untuk bertahan. Ini adalah supaya dia mengawal Bola sementara menunggu barisan tengah dan sayap sertai serangan.

Bahagian tengah pula dikuatkan oleh 2 pemain tengah CM dan seorang pemain tengah pertahanan DM. Ketiga-tiga mereka diarahkan untuk sentiasa menyerang.

Bahagian pertahanan dibarisi 4 pemain yang diarahkan untuk neutral di tempat mereka.

Taktik yang digunakan adalah serangan balas pantas, pressing tinggi, dan tackle keras. Jika pemain kepenatan, Tedi akan elakkan pressing tinggi dan one to one marking.

Apa yang penting sepanjang liga beelangsung adalah sentiasa beli dan jual pemain kerana pasukan lawan juga berterusan menguatkan pasukan mereka. Di sinilah terdapat kelebihan formasi 4-1-2-2-1 ini kerana pemain sayap kurang saingan untuk membelinya, begitu juga dengan pemain tengah bertahan (defensive midfielder, DMC).

Latih pasukan muda dan jual mereka dengan harga yang mahal. Selalunya pemain muda harganya lebih mahal, tapi kita tak perlukan sangat pemain muda, lebih baik jual mereka untuk dapatkan pemain yang berpengalaman.