Karangan kali ini adalah mengenai lawatan kami ke Pejabat POS Malaysia di Wakaf Bharu di negeri Kelantan Darul Naim.

Tujuan Tedi ke sana adalah menemani Master untuk memperbaharui lesen memandu kelas D beliau yang telah tamat beberapa hari sebelum hari kejadian.

Tedi menggunakan kamera telefon Honor 3C yang sudah kabur, maka hasil gambar ini tidak seberapa. Biarkanlah gambar berbicara.

Nombor Giliran: 2099

Seperti biasa apabila masuk sahaja ke sana, Master kena ambil nombor giliran. Nombor giliran Master ialah 2099 dan pada masa itu nombor yang sedang dilayan ialah 2080, bermakna kami perlu menunggu 18 orang dilayan oleh POS Malaysia Wakaf Bharu sebelum tiba giliran kami.

Pada masa itu jam menunjukkan pukul 11:18 pagi. Mungkin kami lambat sangat ke sana sehinggakan ramai sudah orang menunggu.

Kaunter

Gambar di bawah adalah gambar Kaunter Pelbagai (Multi Service Counter) di Pejabat POS Malaysia Wakaf Bharu.

POS ArRahnu

terdapat POS ArRahnu di Pejabat POS Malaysia wakaf Bharu ini yang bukan sahaja menawarkan khidmat pajak emas, tempat simpan emas, tetapi juga menjual bar emas dengan kerjasama Public Gold.

Lokasi POS Wakaf Bharu

Alamat: Jalan Puteri Saadong, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan

Nombor Telefon: 09-719 6598

Peta untuk ke pejabat POS Malaysia Wakaf Bharu adalah seperti di bawah:

 

20170830