Karangan ini adalah untuk menjawab soalan-soalan di bawah:

  1. Bolehkah reload Touch 'n Go secara online?
  2. Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u?

Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking

Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe.

sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu.

Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go?

Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa?

Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka perlukan. Nak topup kad TNG kena bayar pula, apa kes? Dahlah topup tu bayar duit, kena pula beli device untuk topup.

Tapi lah kan, katakanlah sesiapa yang ada device tersebut dibenarkan jadi ejen topup Touch 'n Go kan bagus? Bolehlah buat business part time.

Kenapa tak boleh topup kad Touch 'n Go gunakan online banking?

Erm, ni soalan yang mungkin mudah untuk dijawab.

Kita tak boleh topup kad TNG secara online kerana baki kad kita disimpan dalam kad yang memerlukan kita meletakkan kad pada pembaca kad untuk menambah nilai ke dalam kad tersebut.

Tetapi dengar khabarnya TNG dah ada akaun e-wallet yang membolehkan kita simpan baki duit dalam akaun dan bayar guna Touch 'n Go. Tapi kalau tak silap yang itu kena gunakan telefon pintar?

Tedi tak pasti dan masih belum ada khabar berita daripada sumber yang boleh dipercayai. Tapi kalau tak silap orang di Taman Tun Dr Ismail dah mula havoc dengan teknologi tersebut.

Alternatif kepada reload online?

Kalau anda malas nak reload manual, boleh guna kad auto reload, kalau tak silap nama dia ZING.

Apabila gunakan ZING, kad TNG akan automatik reload apabila bakinya mencecah satu angka. Nak apply kad ZING ni rasanya melalui bank seperti Maybank atau CIMB. Master pernah terima tawaran daripada bank untuk buat kad ZING ni tapi tak buat.

Setelah Tedi semak melalui laman web rasmi Touch 'n Go pasal ZING Card ni, barulah Tedi tahu rupa-rupanya ada banyak bank yang tawarkan kad ZING tersebut.

Cara kerjanya pun Tedi tak pasti, rasanya adalah tambah nilai secara automatik daripada kad kredit. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi pihak bank kerana bank yang tawarkan produk tersebut.

Penafian

Karangan ini adakah perkongsian melalui maklumat awam dan kawan-kawan untuk cara dan kaedah tambah nilai touch n go online.