Kepada para pengguna Touch 'n Go mesti mahu tahu apa maksud bunyi beep pada alat SmartTAG mereka.

Di sini Tedi kongsikan maksud bunyi beep SmartTAG supaya anda takkan sesali nasib di kemudian hari.

Bunyi beep harus diteliti tetapi jika tiada disebabkan mungkin oleh masalah speaker pada reader di pondok tol, baki kad yang dipaparkan pula perlu disaksi.

Perlu ada tabiat dengar bunyi beep dan juga perhati baki yang dipaparkan.

SmartTAG beep 1 kali

  • Beep sekali adalah perkara normal dan mungkin sudah difahami seantero Malaysia ia bermaksud transaksi anda telah berjaya.
  • Bunyi beep ini bukan sahaja pada SmartTAG tetapi juga digunapakai pada reader kad Touch 'n Go.

SmartTAG berbunyi lebih 3 kali dengan cepat

  • Ini maksudnya bateri SmartTAG lemah dan perlu ditukar.
  • Masalahnya beep 3 kali ni tak konsisten, contohnya tol MEX mungkin tak berbunyi tetapi di NPE berbunyi selalu, dan bila diperiksa pada paparan SmartTAG, adakalanya bateri masih HI.
  • Jika anda sanggup pertaruhkan kehenseman atau kejelitaan anda, terus gunakan bateri tersebut, tapi jika tak mahu tersangkut di pondok tol dengan muka yang merah padam, tukarlah segera.
  • Jika nak tukar bateri baru, Tedi cadangkan beli dari Touch 'n Go, sebab apa? Sebab saiz bateri mereka tak standard, jika disumbat bateri lain dalam SmartTAG generasi baru tu, adakalanya longgar. Master selit kertas untuk atasi masalah itu.
  • Masalah ini berlaku pada SmartTAG baru sebab ia gunakan connector kepingan besi dan bukannya wayar seperti SmartTAG lama.
  • Status pada SmartTAG ada 3 iaitu H1 atau H2 yang bermaksud bateri masih okay, dan L1 yng bermaksud, sila tukar bateri anda.

SmartTAG berbunyi beep 3 kali

  • Ini bermakna ia gagal membaca kad anda dan melakukan transaksi yang sepatutnya.
  • Jika anda masuk sistem tol tertutup, iaitu sistem tol yang memerlukan anda ambil tiket dan bayar semasa keluar, anda mungkin lepas masuk, tetapi semasa keluar anda akan dikenakan penalti maksimum.
  • Contohnya jika anda dari KL nak ke Seremban, kemudian tiada rekod anda masuk di KL, anda akan dikenakan penalti sama jumlah seperti anda masuk tol dari utara sampai ke Seremban. Ia akan terus ditolak daripada kad Touch 'n Go anda, dan jika anda complaint, mungkin anda akan dimaklumkan ini masalah biasa magnatec dan kemudian anda maki hamun TNG padahal yang ambil duit anda tu ialah pemilik tol tersebut.
  • Jadi semasa masuk tol sedemikian sila pastikan bahawa transaksi telah berjaya.
  • Ia tidak tertakluk kepada sistem tol terbuka yang akan potong duit kita apabila kita lalu tol tersebut. Selalunya kalau beep 3 kali, palang takkan terbuka, dan anda takkan lepas.
  • Kalau palang tidak terbuka, kenapa masih ada yang dikenakan penalti?
  • Ada juga plaza tol yang buka palang mereka kerana mereka ada masalah. Apa nak kisah? Mereka tak rugi, pemandu yang fikir dapat tol free yang rugi.... huhuhu...

13 Disember 2017