Karangan ini adalah berkenaan cara Tapak Sulaiman bernafas.

Tapak Sulaiman bukan seperti seekor ikan yang memerlukan insang untuknya bernafas.

Tapak Sulaiman bernafas melalui kaki mereka.

Tapak Sulaiman mempunyai kaki-kaki yang mempunyai tiub-tiub yang terdiri daripada tisu-tisu nipis yang membolehkan gas melaluinya dengan mudah.

Tiub kaki dan juga papulae (lubang-lubang kecil pada seluruh bahagian badan Tapak Sulaiman) mengangkut gas oksigen daripada air laut kepada tisu-tisu, dan juga mengangkut gas karbon dioksida daripada tisu ke air laut.

Papulae pula mepunyai cilia halus (struktur seperti bulu halus) di bahagian luar dan dalam yang menyebarkan air laut di atas tisu.

Secara asasnya boleh dikatakan bahawa pernafasan Tapak Sulaiman berlaku melalui proses endosmosis oksigen dan exosmosis karbon dioksida melalui tisu di tiub kaki mereka yang bertindak sebagai membran separa telap.

Apakah itu endosmosis?

Pengaliran cecair daripada cecair berkepekatan rendah kepada cecair berkepekatan tinggi.

Apakah itu exosmosis?

Pengaliran cecair melalui membran separa telap dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.


Karangan ini pertama kali dikirim pada Dec 10, 2017. Dikemaskini pada 9 Disember 2019 dengan penambahan maklumat berkenaan proses endosmosis dan exosmosis dalam sistem pernafasan Tapak Sulaiman.