Hari tu Mommy beli kad terhad Touch 'n Go TN50 di TNG CEC di Bangsar South.

Kad TNG TN50 adalah kad Touch 'n Go edisi khas untuk meraikan program Transformasi Nasional anjuran kerajaan Malaysia.

Tapi pada masa itu Mommy tertinggal beg duitnya di pejabat. Apa yang Mommy ada hanyalah sekeping kad TNG edisi khas 20 Tahun Touch 'n Go yang kami perolehi semasa tukar kad TNG 1Malaysia yang telah tamat tempoh.

Master kata kepada Mommy bahawa di TNG CEC di Bangsar South tiada urusan bayaran menggunakan wang tunai dibenarkan, jadi Mommy hanya boleh bayar menggunakan kad debit, kad credit, atau gunakan kad Touch 'n Go itu sendiri.

kad edisi terhad Touch 'n Go TNG Tn50

TNG CEC adalah pusat khidmat pelanggan yang nama penuhnya adalah Touch 'n Go Customer Experience Centre. Ia terletak di The Sphere menggantikan TNG Hub Bangsar South yang ditutup kerana The Sphere diubahsuai untuk menempatkan lebih banyak unit kedai untuk disewakan.

Ketika Master beli SmartTAG di situ tahun lepas, dia tak dibenarkan menggunakan wang tunai dan terpaksa gunakan kad debit. Master memang tak suka guna kad debit, jadi pengalaman itu agak annoying buat diri Master.

Tetapi ketika Mommy nak bayar guna kad TnG, si penjaga kaunter kata tak boleh. Boleh gunakan kad credit, kad debit, dan wang tunai.

Mommy pun call Master dan kata apa ni, mana boleh guna kad TnG beli kad TnG?

Master pun hangin lah, apa kejadahnya nak beli kad Touch 'n Go tapi Tak boleh bayar guna kad TnG sendiri? Guna kad kredit dan kad debit boleh pula? Lagi tension apabila ada mention pasal bayaran tunai sebab Master hari tu tak boleh pula!

Master suruh Mommy tanya semula betulkah tak boleh beli kad Touch 'n Go TN50 tu dengan menggunakan kad TNG?

Tidak lama kemudian Mommy call Master dan beritahu boleh bayar guna kad TNG, cuma sebelum tu mereka masih belum siap setup sistem nak bayar guna TNG.

Lain kali jawapan tu biar jelas, jangan jawab sekadar nak elakkan pelanggan mendapat sesuatu yang tak seronok kita nak entertain. Kalau belum siap berkemas, inform sahajalah, tak payahlah jawab perkhidmatan itu tiada kerana jika si pelanggan bercerita kepada kawan-kawannya, sudah tersebar  maklumat salah.

Ketika itu, si penjual juga yang rugi kerana cerita mulut kawan-kawan adalah satu bentuk promosi yang berkesan.