Pada kereta Proton Persona tahun 2008 ada tolok suhu enjin kenderaan analog yang menunjukkan berapa suhu enjin kereta. Berbanding dengan kereta lain yang pernah Tedi gunakan tolok suhu kereta Proton Persona transmisi manual itu menunjukkan berapa suhu kenderaan berbanding hanya tunjukkan berapa bar.

Selalunya ketika kami bergerak menaiki kereta Proton Persona tersebut ia berada pada suhu enjin 90 darjah Celsius. Hal ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya berapakah suhu enjin yang ideal untuk sebuah kereta bergerak?

Melalui pembacaan Tedi, suhu untuk enjin kereta beroperasi bergantung kepada pengeluar kereta itu dan jenis sistem penyejukan enjin yang digunakan.

Sistem penyejukan enjin secara amnya ada 2 jenis iaitu sistem penyejukan berasaskan air (radiator) dan sistem penyejukan enjin menggunakan angin.

foto tolok suhu enjin kenderaan yang memberitahu suhu enjin kereta. suhu normal enjin kereta

Suhu Enjin Ideal bagi Sistem Penyejukan Menggunakan Air

Bagi kereta yang menggunakan sistem penyejukan enjin berasaskan air, suhu normal enjin kereta (suhu normal operasi enjin) adalah di antara 80-90 darjah Celsius bergantung kepada tetapan termostat pengilang.

Suhu enjin minimum untuk menggerakkan kenderaan adalah pada 50 darjah Celsius. Ini bermakna pemandu kereta perlu panaskan enjin sehingga mencecah suhu minimum enjin sebelum mula memandu.

Syarikat Toyota contohnya percaya bahawa lebih sejuk suhu operasi enjin kereta, semakin enjin menjadi tahan lebih lama, jadi Toyota menetapkan bahawa suhu enjin mereka di sekitar 80 darjah Celsius.

Suhu Enjin Ideal dengan Sistem Penyejukan Udara

Bagi kereta yang menggunakan sistem penyejukan udara, suhu operasi enjin adalah di antara 150 darjah Celsius sehingga 250 darjah Celsius bergantung kepada pengilang dan rekabentuk.

Suntingan:

  1. Kiriman pertama pada 10 Feb 2018 jam 12:17 pagi.