Kami telah empat kali bawa stroller si bayi Nor Aina menaiki kapal terbang.

Dua kali dengan menaiki penerbangan MAS (Malaysian Airline System) ke dan dari Kuching, manakala dua kali menaiki penerbangan AirAsia pergi ke dan balik dari Kota Bharu. Penerbangan dengan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala penerbangan dengan AirAsia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Semua pengalaman bawa stroller bayi naik kapal terbang itu berlaku pada bulan Disember 2017 dan Februari 2018.

Tedi akan ceritakan mengikut turutan huruf syarikat penerbangan.

Pengalaman bawa stroller naik kapal terbang AirAsia

  1. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu
    1. Mula-mula kena check in menggunakan kiosk, sebelum ke kaunter check in. Kena ke kaunter kerana bawa bayi. Staff AirAsia melekatkan tag pada stroller.
    2. Stroller digunakan macam biasa melalui pemeriksaan imigresen, cuma kena pastikan tiada barang lain diletakkan pada stroller semasa diimbas.
    3. troller dan tinggalkan di pintu kapal terbang. Kakitangan syarikat penerbangan akan angkut stroller tersebut untuk dimasukkan ke dalam bahagian simpanan bagasi.
    4. Ini adalah satu pengalaman yang tidak menyenangkan semasa tiba di Kota Bharu. Master tanya pramugari AirAsia, "mana nak ambil stroller?". Jawabnya ambil di bawah setelah turun dari kapal terbang. Master turun tapi stroller tiada. Master naik kembali ke pesawat dan jawabnya masih, "ambil di bawah". Bawah mana? Ambil di luggage claim. Lain kali jawab tu biar terang.
  2. Penerbangan Kota Bharu - Kuala Lumpur
    1. Tag stroller diambil di pintu gate berlepas. Tiada tag diberikan semasa daftar masuk (check in). Kena tanya barulah diberikan tag untuk stroller ni. Staff air Asia tak tanya pun sama ada kita nak bawa naik stroller?
    2. Semasa di gate kena lipat stroller dan pikul kerana kena menuruni tangga. Tiada bridge digunakan. Stroller diletakkan di sebelah tangga menaiki pesawat.
    3. Semasa sampai di Kuala Lumpur (KLIA2), pengalamannya lebih baik berbanding ketika tiba di Kota Bharu. Master bertanya kepada staf yang menunggu di bridge tu dan dia kata kalau nak, dia boleh ambilkan. seketika kemudian dia dan kawannya naik membawa semua stroller yang ada.
    4. Jika anda tak ambil stroller di bridge semasa keluar kapal terbang, stroller bayi anda akan dihantar ke tuntutan bagasi.
# Picture of Aina drinking milk in a stroller while waiting for a flight on AirAsia AK 6432 from Gate K4 at Kuala Lumpur International Airport 2 to Kota Bharu. Departure 20 minutes before departure. # Wednesday, 31 January 2018, 07:39 # DSC_0890 # 20180131 # Sony G3226 smartphone camera #
Gambar Aina sedang minum susu dalam stroller semasa menunggu penerbangan menaiki AirAsia AK 6432 dari Gate K4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ke Kota Bharu. Perlepasan 20 minit sebelum berlepas. # Wednesday, 31 January 2018, 07:39 # DSC_0890 # 20180131 # Kamera telefon pintar Sony G3226 #

Pengalaman bawa stroller naik kapal terbang MAS

Secara umumnya membawa stroller menaiki pesawat MAS lebih menenangkan.

  1. Penerbangan dari Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching
    1. Semasa berlepas tolak sahaja stroller sehingga ke pintu pesawat kemudian tinggalkan sahaja di sana. Pandai-pandailah lipat stroller tu ya.
    2. Stroller telah sedia menanti ketika kami keluar pesawat. Tak perlu tanya.
  2. Penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur (KLIA)
    1. Semasa berlepas tolak sahaja stroller sehingga ke pintu pesawat kemudian tinggalkan sahaja di sana. Pandai-pandailah lipat stroller tu ya.
    2. Stroller telah sedia menanti ketika kami keluar pesawat. Tak perlu tanya siapa-siapa.

Stroller baby boleh bawa naik flight?

Ramai kawan bertanya boleh ke bawa stroller naik flight? Jawapannya boleh, sepertimana barangan lain.

Sebenarnyalah kan, stroller tu memang dibawa naik flight, tetapi tetap dimasukkan ke dalam tempat kargo dan bukannya dibawa masuk sekali ke kabin. Bezanya cuma kita dapat menggunakan stroller bayi tu sehingga depan pintu pesawat atau paling kurang sampai balai berlepas.

Jadi janganlah berangan anda boleh bawa naik stroller baby tu ke dalam kabin di mana anda boleh memerhatikannya selalu.

Tetapi mengikut pengalaman Tedi, ada juga stroller yang dibawa dan disimpan dalam kabin, tetapi pengalaman Tedi ni seingat Tedi hanya pada pesawat kecil.


Penafian:

Karangan ini adalah sekadar perkongsian pengalaman peribadi kami bawa stroller naik kapal terbang AirAsia dan MAS untuk penerbangan tempatan atau domestik. Boleh bawa stroller dalam flight.

20191027, 201802